,
Tempatan

Suzuki Dedah Teaser Video Hayabusa (2021), Bakal Lancar 5 Februari Ini

Erywan
01/02/2021
06:52 MYT
Suzuki mengeluarkan satu video teaser yang memberi petunjuk model baharu bakal muncul tidak lama lagi. Teaser terbabit menunjukkan sekilas pandang Suzuki Hayabusa (2021) ditunggang di atas litar yang kemudiannya diselitkan dengan paparan imej meter.
Menerusi aksi pecutan berkenaan sepertinya Suzuki ingin merebut semula gelaran motosikal pengeluaran jalan raya terpantas dunia apabila model baharu itu membuat kemunculan nanti. Dalam video itu juga, ia mendedahkan lampu besar yang lebar dan besar bersama perincian lampu nyala siang (DRL) kanan serta kiri yang sememangnya mendekati ciri khas Hayabusa.
Ia mungkin hadir dengan dua ekzos di kanan dan kiri yang kemudian dipadankan dengan rekaan fairing tepi depan besar dan posisi ergonomik yang tidak terlalu membongkok dengan hendal sedikit atas yang merupakan ciri-ciri dari Hayabusa.
Panel meter menggunakan kluster bulat rekaan retro dengan garis merah menyentuh 11,000rpm. Pada video itu jentera ditunggang mencecah 10,000rpm dengan kelajuan 180mph (290km/j) hampir habis meter menggunakan gear 6. Selain itu, pada imej papan pemuka terdapat beberapa ikon ciri peralatan elektronik seperti Mapping Power (PW), Traction Control (TC), Quick Shifter (QS), sudut darjah condong dan LF.
Sementara, tulisan SDSM pada papan pemuka merupakan singkatan kepada Suzuki Diagnostic System Mobile yang mungkin akan ada ciri ketersambungan aplikasi ke telefon pintar bagi memudahkan pengguna memantau sistem jentera dan mengetahui maklumat lain seperti penggunaan minyak dan perbatuan.
Dari segi janakuasa dilaporkan kemungkinan Hayabusa masih mengekalkan enjin lama tetapi sesaran 4-silinder sebaris penyejukkan cecair itu akan ditingkatkan sekitar 1,440cc. Naik taraf ini bagi membolehkan syarikat mematuhi piawaian emisi terkini tanpa mengorbankan kuasa jentera. Dikhabarkan kuasa Hayabusa bakal mencapai 200hp dan dari segi prestasi generasi terkini berkenaan bakal mendahului Kawasaki Ninja H2.
Pelancaran rasmi produk baharu berkenaan akan berlangsung pada 5 Februari 2021 jam 7:00 CET menerusi Suzuki Motorcycle Global Salon yang baharu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

Pasukan Suzuki Klasik Kustom Katana Sempena Projek ‘Lockdown’

gempak
08/06/2021
05:32 MYT
Bahagian janakuasa mengetengahkan jiwa lumba sebenar dengan naik taraf lebih segar dari model GSX-R1000.
drebar

Suzuki Swift Sport Lancar Secara Rasmi di Malaysia - Enjin 1.4 Turbo, 140hp, 230Nm, RM139,900

gempak
09/04/2021
11:21 MYT
Boleh memecut dari 0-100km/j dalam masa lapan saat dengan kelajuan maksimum mencecah 205km/j.
drebar

Thailand Lancar Suzuki Gixxer 250, Malaysia Bila Lagi?

gempak
31/03/2021
03:14 MYT
Berkonsepkan ‘Lifestyle Sport Bike’ yang dikembangkan dari segi rekaan moden, harga Gixxer 250 SF di Thailand ialah Baht 128,800 (RM17,136).
drebar

Suzuki Jepun Lancar Hayabusa (2021) Dengan Pelan Tempahan Warna

gempak
23/03/2021
05:22 MYT
Suzuki menawarkan tempahan warna khas buat pelanggan dengan pilihan kombinasi warna pada rim depan dan belakang mengikut cita rasa pengguna.
drebar

Ini Sebab Kenapa Suzuki Tak Nak Pakai Supercaj Pada Hayabusa

gempak
01/03/2021
02:26 MYT
Hayabusa generasi ketiga menerima pembaharuan menyeluruh, namun masih lagi mengekalkan DNA reka bentuk terdahulu yang menjadi signatur superbike terbabit.