,
Tempatan

Subaru Outback Hadir Edisi Paling Lasak, Varian Wilderness Edition

Erywan
07/04/2021
05:47 MYT
Subaru Outback sedia ada sudah cukup muskular dan cantik dengan jarak kelegaan tanah yang solid, enjin turbo dan ciri off road pintar X-Mode.
Bagaimanapun dalam dunia automotif sentiasa ada ruang penambahbaikan dan terkini Subaru memperkenalkan Subaru Outback Wilderness Edition (2022).
Direka sebagai model Outback paling lasak, Wildness Edition didatangkan dengan ciri off-road eksklusif yang tidak akan ditemui pada rangkaian model lain. Subaru menjelaskan suspensi lebih keras berbanding sebelumnya walaupun tidak dijelaskan lebih terperinci.
Subaru Outback Wilderness Edition turut ditawarkan dengan dual fungsi X-Mode dari model Onyx XT yang menawarkan mod pemanduan Snow/Dirt dan Deep Snow/Mud.
Versi Wilderness Edition lebih tinggi berbanding Outback standard dengan jarak kelegaan tanah 9.4-inci berbanding 8.7 inci. Ketinggian baharu meningkatkan sudut pendekatan 20.0 darjah, 21.2 darjah (sudut breakover) dan 23.6 darjah (sudut departure).
Penampilan luaran juga ditingkatkan dengan rekaan semula bampar depan dan belakang, plat skid depan standard, tayar pelbagai permukaan Yokohama Geolandar dengan rim 17-inci serta lencana Wilderness pada badan dan kabin. Outback Wilderness Edition juga didatangkan dengan kemasan warna eksklusif Geyser Blue inspirasi warisan jenama rali.
Sementara kabin tampil berbeza dengan penggunaan kulit palsu hitam StarTex pada kerusi dan jahitan benang warna tembaga. Bahagian stereng, tombol gear, panel pintu menggunakan aksen kemasan Anodized. Bahagian tengah tersedia skrin sentuh 11.6 inci dan teknologi keselamatan aktif Subaru EyeSight.
Enjin 2.4 liter yang turut digunakan pada model Onyx Edition XT dan Limited XT menghasilkan kuasa 260hp dan tork 376Nm bersama transmisi CVT dengan nisbah pacuan akhir ditingkatkan.
Subaru masih belum mengumumkan harga Edisi Outback Wilderness bagaimanapun sebagai rujukan Onyx Edition XT berharga $35,145 (RM146,009) kemungkinan Wilderness Edition berharga sekitar $40,000 (RM166,180).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

Bekas Subaru Impreza STI “555" Colin McRae Untuk Dijual

gempak
21/09/2021
03:23 MYT
Kereta itu dibaik pulih sepenuhnya oleh pakar untuk dikembalikan kepada konfigurasi asal.
drebar

Subaru Impreza S11 WRC 2005 Bekas Petter Solberg, Kini Harga Bidaan Mencecah RM1.28 Juta

gempak
08/09/2021
03:48 MYT
Guna enjin boxer empat silinder 2.0 liter, ia menghasilkan sekitar 300bhp
drebar

Subaru Levorg Tambah Beg Udara Untuk Pejalan Kaki

gempak
21/07/2021
02:23 MYT
Jika berlaku pelanggaran, sensor akan berfungsi untuk mengaktifkan beg udara yang terletak di tiang A.
drebar

Kenderaan Elektrik Subaru Dinamakan Solterra, Gabungan Matahari dan Bumi Dalam Bahasa Latin

gempak
21/05/2021
05:33 MYT
Antara kelainan model ini berbanding Super Cub 110, ia menggunakan lampu utama jenis LED dan tidak mempunyai penghadang angin.
drebar

Subaru Forester GT Lite Edition Dengan Kit Badan Baharu, Harga Bermula RM163,788

gempak
08/02/2021
06:52 MYT
Ia juga dilengkapi dengan paparan lapan inci sistem audio dan sistem kamera 360 darjah yang memudahkan pemandu untuk memasuki parkir.