,
Antarabangsa

Shell Helix Tawar Minyak Pelincir Baharu Power dan Protect, Sesuai Gaya Pemanduan Anda

Erywan
17/07/2020
05:13 MYT
Shell Malaysia Trading Sdn Bhd memperkenalkan dua minyak enjin Shell Helix baharu untuk memudahkan pengguna memilih pelincir yang tepat mengikut gaya pemanduan dan keperluan mereka.
Shell Helix Power dan Shell Helix Protect baharu dihasilkan khusus untuk dua keadaan pemanduan berbeza sama ada di lebuh raya dan laluan sukar yang memerlukan kuasa serta daya pecutan lebih tinggi; atau lalu lintas terhenti-henti di bandar dengan menyebabkan tekanan tinggi pada enjin dan perlindungan lebih diperlukan.
Kedua-dua minyak baharu ini sesuai digunakan untuk kebanyakan jenis kereta di Malaysia dan sesuai dengan spesifikasi minyak 0W, 5W ataupun 10W.
Pengurus Besar Shell Lubricants bagi Malaysia dan Singapura, Nyon Kam Yew berkata, dengan Shell Helix Power dan Shell Helix Protect baharu, matlamat kami ialah untuk memberi pilihan mengikut keperluan kepada pemilik kereta.
“Sebagaimana yang tertera di label pek, satu produk menjanjikan lebih kuasa, manakala produk yang satu lagi pula menawarkan lebih perlindungan.
“Jadi pengguna boleh memilih produk yang paling sesuai dengan cara pemanduan atau keperluan mereka,” katanya.
Shell Helix Power menggunakan rumusan khas berfokus kepada prestasi yang memaksimumkan kuasa enjin dan memberikan pecutan lebih pantas untuk pemanduan. Harga runcit bagi pek 4 liter ialah RM280.
Bagi Shell Helix Protect pula, ia memfokuskan kepada perlindungan pula mampu membersihkan komponen dan memanjangkan hayat enjin kereta yang kerap mengalami keadaan trafik sesak di bandar. Harga runcit yang disyorkan bagi pek 4 liter produk ini ialah RM240.
Oleh kerana kedua-dua produk ini adalah minyak enjin sintetik sepenuhnya yang berkelikatan rendah, alirannya adalah lebih pantas untuk menyaluti dan melindungi komponen penting semasa enjin dihidupkan.
Ini dapat mengurangkan kehausan enjin yang disebabkan oleh permulaan sejuk, mengurangkan penggunaan bahan api, mengurangkan kadar pelepasan karbon dan kos penyenggaraan juga akan lebih rendah.
Sementara itu, Shell Malaysia mengadakan promosi menarik sempena pelancaran produk itu. Pembelian pek 4 liter Shell Helix Power atau Shell Helix Protect dari mana-mana bengkel yang mengambil bahagian, pelanggan akan menerima hadiah percuma sebuah replika kereta lumba Scuderia Ferrari, sementara stok masih ada.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

10 Kelab Kereta Tempatan Memilih Shell FuelSave 95

gempak
13/08/2021
03:49 MYT
Sokongan itu hasil dari kolaborasi dengan kelab kereta sejak 2019 untuk menguji keupayaan Shell FuelSave 95.
drebar

Pak Cik Shell Kongsi Betul Ke Isi Minyak Perlahan Boleh Dapat Lebih?

gempak
18/03/2021
03:22 MYT
Pak Cik Shell menunjukkan satu ‘uji kaji ringkas’ dengan menuang air dalam kuantiti separuh cawan.
Laman Utama

Shell & BonusLink Nak Bagi Ais Krim Dan Air Kotak Percumalah! Rugi Kalau Tak Ambil, Ini Caranya

gempak
11/09/2020
04:57 MYT
Memang lovelah! Mata ganjaran dapat benda free pun dapat hehe
Laman Utama

Eh Belanja RM40 Pun BonusLink Dan Shell Nak Bagi Ais Krim & Air Kotak Percuma? Wow! Seriuslah?

gempak
27/08/2020
05:27 MYT
Memang lovelah! Mata ganjaran dapat benda free pun dapat hehe
drebar

4 daripada 12 botol adalah produk tiruan - Sampel minyak pelincir Shell yang diambil dari jualan dalam talian dan pasaraya

gempak
12/09/2019
03:31 MYT
Shell mengadakan bengkel dengan 100 pegawai penguatkuasa KPDNDHEP serta Kastam bagi melengkapkan agensi berkenaan dengan pengetahuan untuk membezakan antara pelincir Shell tulen serta tiruan.