,
Tempatan

SDAC-Ford Tawar Rebat Tunai Sehingga RM6,000 untuk Ranger Raptor dan WildTrak

Erywan
09/02/2021
02:59 MYT
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia memperkenalkan penjimatan menarik untuk model Ranger Raptor and WildTrak terpilih dengan rebat tunai sehingga RM6,000, sementara stok masih ada.
Bagi pelanggan yang inginkan perincian, Ranger WildTrak menawarkan pelbagai teknologi keselamatan pintar, seperti Brek Kecemasan Autonomi dengan Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki, Amaran Pelanggaran Depan, Amaran dan Bantuan Keluar Laluan, Parkir Selari Separa Automotik, dan kesemuanya adalah ciri-ciri unggul untuk sebuah trak pikap.
Ranger Raptor pula dikuasakan dengan DNA Prestasi Ford yang melampaui jangkaan dan menjadi penanda aras baru sebagai sebuah trak pikap unggul berprestasi di Malaysia. Mutu prestasinya dizahirkan melalui sistem gantungan litar lumba Fox Racing Shox yang memberikan daya peredam hentak yang lebih tinggi bagi menangkis lambungan untuk memberikan keupayaan laluan lasak lebih baik.
Bagi menambah kehebatannya di laluan lasak, mod pra-tetapan Ranger Raptor bagi Sistem Pengurusan Mukabumi meliputi mod Baja, yang diinspirasikan dari Baja Desert Rally, yang menghasilkan prestasi laluan lasak dengan responsif ultra dan berkelajuan tinggi.
Pelanggan digalakkan membuat janji temu dengan agen pengedar Ford yang sah atau menghubungi pihak Jualan kami di talian WhatsApp +60 19-204 1200 untuk maklumat lanjut. Bertindak pantas kerana stok adalah terhad. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sdacford.com.my/whats-new/promotions/cny-sales
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

Lebih Jimat! Beli Ford Ranger WildTrak dan XLT Plus Dapat Percuma Servis Dua Tahun

gempak
03/08/2021
07:11 MYT
Servis percuma dua-tahun sah untuk pelanggan baharu model Ranger WildTrak dan XLT Plus terpilih.
drebar

Ford Puma ST Gold Edition - Dicipta Daripada Maklum Balas Orang Ramai

gempak
21/06/2021
08:24 MYT
Syarikat itu meminta peminatnya menghasilkan reka bentuk bagi model edisi terhad Puma ST.
drebar

Hoonitruck Mencari Pemilik Baru, Harga RM4.53 Juta. Ada berani?

gempak
16/06/2021
04:16 MYT
Ini menjadikan model trak pikap model F-150 paling mahal buat masa ini biarpun ia adalah keluaran 1977.
drebar

Ford AS Beri Insentif AS$1,000 Untuk Pelanggan Terus Bersabar

gempak
11/06/2021
04:22 MYT
Kelewatan stok kenderaan tiba kepada kumpulan pengedar berpunca daripada masalah bekalan cip semikonduktor global.
drebar

Ford Maverick - Trak Pikap Kompak, Lebih Kecil Daripada Ranger

gempak
11/06/2021
02:55 MYT
Biarpun kecil, ia masih dikekalkan dengan kemampuan untuk membawa beban maksimum 680kg dan kapasiti tunda maksimum 907kg.
Unitar