,
Tempatan

SAIC Dedah MPV Roewe iMax8, Sentuhan Artis Dengan Ukiran Emas

Erywan
22/03/2021
02:41 MYT
SAIC baru saja mendedahkan versi istimewa Roewe iMax 8 yang hanya satu unit sahaja dibina. Kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabit tampil berbeza dan lebih menyerlah hasil sentuhan artis China lokal Wang Kaifang.
Kemasan material emas diletakkan pada gril depan, pengambilan udara depan, bingkai lampu utama, perumah cermin sisi, bingkai tingkap, skirting tepi, fascia belakang dan lencana luar serta rim.
Kaifang berpengalaman menggunakan ukiran emas menerusi karya seninya dan kerana itulah dia memilih material emas pada beberapa komponen luaran iMax 8.
Bagaimanapun SAIC hanya mendedahkan imej luaran dan tidak diketahui adakah aksen emas turut disematkan pada bahagian kabin.
Penampilan unik iMax 8 itu sebenarnya berasaskan model sedia ada Maxus G20 yang dijual di China dengan pilihan konfigurasi enam, tujuh dan lapan kerusi.
Model terbabit ditawarkan dengan dua pilihan enjin 1.5L turbo 4-silinder (180hp) dan tork 2.0L turbo 4-silinder (224hp) yang kemudian dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan Aisin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video