gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Malek McCrone Bukan Sombong Tapi ‘Gila-Gila’ - “Muka Memang Tak Banyak Senyum, Tapi Bila Dah Kenal…”
KELUANG MAN
Fenomena Kini Bermula! Keluang Man Di Mana-Mana - “Nas Memang Sesuai Jadi Borhan, Menyala!”
HIBURAN
Aktres Rugi RM56 Juta Gara-Gara Pelaburan Kripto
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Malek McCrone Bukan Sombong Tapi ‘Gila-Gila’ - “Muka Memang Tak Banyak Senyum, Tapi Bila Dah Kenal…”

gempak
Mya Amri
19/05/2025
20:50 MYT
Sponsor Banner
Malek McCrone Bukan Sombong Tapi ‘Gila-Gila’ - “Muka Memang Tak Banyak Senyum, Tapi Bila Dah Kenal…”
Pelakon, Malek McCrone menjelaskan dirinya sering dianggap sebagai sombong kerana bentuk wajahnya.

Bukan sombong tapi gila-gila

Bagaimanapun, kata Malek selepas mengenali diri dan perwatakan yang sebenar, dia adalah seorang yang ‘gila-gila’.
“Yang pertama kali jumpa akan kata saya seorang yang senyap. Tetapi saya akui saya memang sedikit pendiam terutamanya bila baru masuk set penggambaran sebab masih belum kenal orang.

“Nampak muka saya memang tak banyak senyum, tapi bila anda dah kenal, saya ini ‘crack’ juga orangnya.

“Saya pun sejenis masuk air, jadi bila saya dah ‘warm up’, relax dan rasa macam semua orang itu kawan, kemudian barulah diri saya yang kelakar itu keluar,” katanya kepada Gempak.

Gementar berlakon dengan Mimi Lana

Dalam pada itu, mengulas mengenai drama premium Astro Originals lakonannya berjudul First Wives, Malek akui berasa gementar bergandingan dengan aktres Mimi Lana.

“Saya gementar berlakon dengan Mimi sebab dia adalah nama besar, malah pelakon yang lain juga memberikan energi luar biasa.

“Kadang-kadang saya rasa saya boleh buat ke tak tetapi mereka semua sangat supportive walaupun saya ini boleh dikatakan baharu lagi dalam industri.

“Tak banyak pengalaman tetapi mereka tolong saya, energi saya dan Mimi match, membuatkan saya rasa confident untuk deliver dan mereka semua sudah seperti keluarga,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Malek McCrone Sunyi Pertama Kali Sambut Raya Tanpa Ibu, Rindu Nak Buat Sarapan Untuk Arwah – “Selama 22 Tahun Saya Buat Rutin Itu Tiba-Tiba…”

ARTIKEL BERKAITAN:Mimi Lana & Melissa Campbell Bakal Buat Penonton Resah, First Wives Raikan Solidariti Wanita Bila Berdepan Suami Jahanam

ARTIKEL BERKAITAN:“Hati-Hati & Peka Dengan Lalu Lintas” - Bekas Atlet Berbasikal Negara Malek Mccrone Titip Pesan Pada Penunggang Basikal

Astro Originals First Wives menampilkan Mimi Lana (Diyana), Malek Mccrone (Azzim), Melissa Campbell (Michelle) dan Charles Roberts (Roshan).
Selain itu, First Wives turut menggabungkan barisan pelakon senior dan baru bagi mewarnai setiap karakter, seperti pelakon Andy Teh, Carmen Soo, Theebaan G, Zeera Azizi dan Sathisvaran.
First Wives merupakan terbitan Astro Shaw dan produksi oleh Infinitus Productions.
Sementara itu pengarahnya adalah Imri Nasution, penulis skrip oleh Catalina Mae Hubbard, Ilya Karnain, Luqman Sheikh Ghazali, Dee Dee Peter.
Saksikan drama premium First Wives setiap Isnin jam 9 malam, di Astro Citra (saluran 108), manakala Astro Ria (saluran 104).
Manakala pada 12 tengah malam menerusi platfrom On Demand, Astro GO dan sooka.
Untuk info, drama premium terbaharu ini menyelami naratif yang mengangkat persahabatan wanita yang bersatu untuk berdepan dengan pengkhianatan.
Topik ini sangat relevan dengan masyarakat Malaysia, kerana ia mengupas emosi dan pengalaman wanita dalam menghadapi penipuan dan kepercayaan dan dugaan.
Topic Berkaitan
#Astro Originals
#Malek Mccrone
#First Wives
Must-Watch Video