,
Tempatan

Roda Panas: ‘Rumah Bergerak’ Black Hanifah

Erywan
16/05/2021
06:53 MYT
Apa yang anda lihat, ini sebuah Caravan milik penyanyi, Black Hanifah dengan mempunyai kelengkapan seperti sebuah rumah. 'Rumah bergerak' milik Black ini, adalah jenama China Auto Manufacturers (CAM) menerusi model Plutus Caravan. Jentera buatan 2018 itu lengkap dengan katil, tandas, dapur, meja makan, penyaman udara dan pada masa sama boleh memuatkan kira-kira lapan orang penumpang setiap masa.
Selain bahagian dalaman yang diubah suai, luaran juga menerima sentuhan sedikit garang dengan cat warna hitam serta mempunyai corak grafik pada bahagian sisi. Pada badan bahagian kabin juga, ia mempunyai corak grafik seperti muka Black yang memakai topi dan atasnya tertulis perkataan Nyawa Black.
Ia juga kelihatan menarik apabila rim asal ditukar kepada bentuk TE37 serta dapra sisi hadapan pada gerbang roda ditambah kelebarannya yang diperbuat daripada gentian kaca. Bagi membuatkan Caravan itu lebih selesa untuk membawa keluarganya bercuti, Black memperuntukkan kira-kira RM25,000 bagi melakukan proses modifikasi jentera berkenaan. Malah, ia juga lengkap dengan sebuah generator yang boleh dihidupkan dengan menggunakan butang kawalan jauh untuk membekalkan tenaga elektrik kepada perkakas elektronik dalam jentera terbabit.
Sekiranya anda mahu mengetahui lanjut berhubung Caravan Black ini, jangan lupa saksikannya di Roda Panas pada malam esok (17 Mei 2021) secara eksklusif di saluran Astro Naura (109) pada jam 9.30 malam serta turut boleh distrim menerusi aplikasi menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Buat mereka yang tidak tahu apa itu Roda Panas, ia adalah rancangan automotif yang mengandungi pengisian tentang perkembangan trend terkini dunia automotif dan permotoran bersama pemilik kenderaan terdiri barisan selebriti popular, personaliti serta usahawan berpengaruh tanah air.
Roda Panas yang mempunyai 10 episod itu turut tampil beberapa selebriti lain membabitkan Wak Doyok, Datuk Awie, Pekin Ibrahim, Black Hanifah, Achey, Beto Kusyairy dan Datuk Rosyam Nor.
Selain itu, program Roda Panas juga padat dengan pengisian interaktif yang merangkumi perkongsian eksklusif tentang koleksi kenderaan peribadi, reviu dalaman dan luaran, sesi pandu uji dan sebagainya.
Program itu dikemudikan pelakon terkenal yang turut mendapat jolokan “Hero Pujaan Malaya”, Remy Ishak selaku hos utama sepanjang 10 episod dengan susunan tema berbeza bagi setiap episod. Antara tema mingguan yang akan diketengahkan termasuklah episod supercar, superbike, off-road, modifikasi dan banyak lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Fattah Amin Dedah Tiada Orang Ketiga, Akui Masih Sayangkan Fazura

gempak
14/09/2024
04:26 MYT
Pelakon Fattah Amin menegaskan bahawa tiada wanita lain dalam hidupnya yang menyebabkan kepada keruntuhan rumah tangganya bersama aktres, Fazura.
Viral

Misteri 'Kereta Hamil' Di China Terungkai, Rupa-Rupanya Cuaca Terlalu Panas

gempak
12/08/2024
13:55 MYT
Video tular bonet kereta di China yang 'membuncit' seakan wanita mengandung menjadi perhatian penduduk di negara itu.
Hiburan

Cuaca Cecah 53 Darjah Selsius Di Tanah Suci, Alyah Alami Demam & Batuk - "Ini Kali Pertama Saya ..."

gempak
25/06/2024
06:55 MYT
Penyanyi Datin Alyah mendedahkan kesihatannya sedikit terganggu sewaktu menjalankan ibadah haji ketika ini.
Berita

Gelombang Haba Landa Iraq, Suhu Lebih 50 Darjah Selsius

gempak
19/06/2024
02:55 MYT
Gelombang haba melanda Iraq dengan beberapa wilayah mencatatkan suhu 50 darjah Celsius pada Selasa, menurut kenyataan daripada Pertubuhan Meteorologi dan Seismologi Iraq, lapor Xinhua.
Berita

Dijemur Tengah Panas Selama 3 Jam, Murid Bakal OKU

gempak
30/05/2024
10:25 MYT
Seorang murid sekolah rendah yang didenda berdiri hampir tiga jam di bawah matahari terik dalam kejadian yang tular baru-baru ini bakal memegang status orang kelainan upaya (OKU)