HIBURAN
Justin Timberlake Dilabel Malas & Biadab, Tak Banyak Menyanyi Masa Konsert
Penyanyi Justin Timberlake berdepan kecaman dalam kalangan peminatnya sendiri apabila didakwa lebih banyak membiarkan mereka menyanyi di rangka konsert dunianya, Forget Tomorrow World Tour.
Selain menyanyi sedikit dan membiarkan peminat menyambung nyanyiannya, Timberlake juga didakwa kelihatan tidak bertenaga dan telah terperangkap dalam rutin sama menerusi setiap persembahannya.
Ramai yang hadir ke konsertnya melahirkan rasa kecewa dengan menyifatkan Timberlake sebagai penyanyi yang malas, biadab dan tidak menghormati peminat yang telah menghabiskan duit untuk menyaksikan persembahannya.
Malah ada dalam kalangan peminat yang meminta wang mereka dikembalikan, lapor Yahoo!.
Dakwaan dan kecaman tersebut muncul selepas video persembahan Timberlake di England’s Lytham Festival tersebar.
Ia diikuti dengan dua konsertnya di Romania dan Ireland yang juga dilihat ‘gagal’ apabila Timberlake didakwa menyanyi secara lip syn dan berhubung dengan peminat .
Suami kepada Jessica Biel itu juga dilaporkan naik lambat ke atas pentas, hanya menyanyi beberapa baris lagu serta memakai cermin mata hitam tanpa mahu membuat banyak pergerakan.
Bagaimanapun semua dakwaan yang dilemparkan kepadanya belum dijawab secara rasmi oleh Timberlake atau agensi.
Must-Watch Video