,
Tempatan

Roda Panas: Padu! Volkswagen Golf R32 Milik Pekin Ibrahim

Erywan
09/05/2021
03:41 MYT
Apa yang lihat, ini bukannya Volkswagen Golf biasa. Ia adalah jentera generasi kelima Volkswagen Golf R32 milik pelakon Pekin Ibrahim. Difahamkan, ia juga sangat terhad kerana tidak lebih 10 buah sahaja di Malaysia.
Bukan itu sahaja, bunyi deruman enjin sahaja sudah garang, apatah lagi dengan prestasi kereta itu. Dalam proses modifikasi, Pekin sangat peka dengan ubah suai sistem dan enjin. Ini kerana, beliau merasakan untuk modifikasi sesebuah kenderaan perlu ada pengetahuan supaya tidak diubah melebihi kemampuannya.
Apa yang dilakukan Pekin terhadap jentera hatchback daripada Jerman itu, saksikan di Roda Panas pada malam esok (10 Mei 2021) secara eksklusif di saluran Astro Naura (109) pada jam 9.30 malam serta turut boleh distrim menerusi aplikasi menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Buat mereka yang tidak tahu apa itu Roda Panas, ia adalah rancangan automotif yang mengandungi pengisian tentang perkembangan trend terkini dunia automotif dan permotoran bersama pemilik kenderaan terdiri barisan selebriti popular, personaliti serta usahawan berpengaruh tanah air.
Selain itu, program Roda Panas juga padat dengan pengisian interaktif yang merangkumi perkongsian eksklusif tentang koleksi kenderaan peribadi, reviu dalaman dan luaran, sesi pandu uji dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, pelbagai maklumat dan tips berkaitan automotif antaranya seperti topik keselamatan, teknik pengajaan serta kepentingan untuk mengenal pasti kesesuaian dan kemampuan sesebuah kenderaan berdasarkan spesifikasi juga akan turut ditampilkan.
Program itu dikemudikan pelakon terkenal yang turut mendapat jolokan “Hero Pujaan Malaya”, Remy Ishak selaku hos utama sepanjang 10 episod dengan susunan tema berbeza bagi setiap episod. Antara tema mingguan yang akan diketengahkan termasuklah episod supercar, superbike, off-road, modifikasi dan banyak lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Fattah Amin Dedah Tiada Orang Ketiga, Akui Masih Sayangkan Fazura

gempak
14/09/2024
04:26 MYT
Pelakon Fattah Amin menegaskan bahawa tiada wanita lain dalam hidupnya yang menyebabkan kepada keruntuhan rumah tangganya bersama aktres, Fazura.
Viral

Misteri 'Kereta Hamil' Di China Terungkai, Rupa-Rupanya Cuaca Terlalu Panas

gempak
12/08/2024
13:55 MYT
Video tular bonet kereta di China yang 'membuncit' seakan wanita mengandung menjadi perhatian penduduk di negara itu.
Hiburan

Cuaca Cecah 53 Darjah Selsius Di Tanah Suci, Alyah Alami Demam & Batuk - "Ini Kali Pertama Saya ..."

gempak
25/06/2024
06:55 MYT
Penyanyi Datin Alyah mendedahkan kesihatannya sedikit terganggu sewaktu menjalankan ibadah haji ketika ini.
Berita

Gelombang Haba Landa Iraq, Suhu Lebih 50 Darjah Selsius

gempak
19/06/2024
02:55 MYT
Gelombang haba melanda Iraq dengan beberapa wilayah mencatatkan suhu 50 darjah Celsius pada Selasa, menurut kenyataan daripada Pertubuhan Meteorologi dan Seismologi Iraq, lapor Xinhua.
Berita

Dijemur Tengah Panas Selama 3 Jam, Murid Bakal OKU

gempak
30/05/2024
10:25 MYT
Seorang murid sekolah rendah yang didenda berdiri hampir tiga jam di bawah matahari terik dalam kejadian yang tular baru-baru ini bakal memegang status orang kelainan upaya (OKU)