,
Tempatan

Perodua Lancar Rangka Tindakan Lestari, Merangkumi Sebahagian Besar Ekosistem Automotif Malaysia

Erywan
16/02/2021
10:14 MYT
Perodua melancarkan rangka tindakan lestari (sustainable blueprint) pertamanya yang merangkumi hampir seluruh ekosistem pembekal dan pengedar automotif Malaysia, bertujuan untuk mendorong Perodua serta industri ke arah globalisasi yang lebih tinggi pada masa hadapan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Perodua Smart Build adalah evolusi daripada objektif asal penubuhan Perodua dan industri automotif Malaysia, iaitu untuk mewujudkan ekosistem automotif yang mampan serta kukuh.
Beliau berkata, Perodua Smart Build adalah ‘Transformasi 3.0’ Perodua yang dibina berdasarkan kejayaan-kejayaan sebelumnya.
Menurutnya, Perodua memulakan transformasi pertamanya pada 2011 dengan mengumumkan pembinaan ekosistem Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), penghentian aliran kecacatan, penubuhan Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd dan meningkatkan kesedaran kualiti di Perodua.
“Transformasi 2.0 memberi tumpuan kepada kepuasan pelanggan, pembangunan organisasi dan perpaduan di kalangan seluruh Kumpulan Syarikat Perodua.
“Kini, kami berada di fasa ketiga transformasi untuk ‘membina’ Perodua dan rakan-rakan niaganya ke tahap di mana kami dapat menduduki posisi yang unik dalam industri,” katanya.
Beliau berkata, menerusi ‘Transformasi 3.0’, Perodua akan bekerjasama dengan rakan-rakan niaganya untuk mengurangkan jurang kualiti, kos dan penghantaran di dalam ekosistem automotif dan memastikan industri berada pada ‘saiz yang betul’.
Zainal juga berkata, Perodua juga sedang bekerjasama dengan rakan-rakan niaganya untuk mengenalpasti kepakaran sedia ada yang boleh dimanfaatkan di luar Malaysia.
Beliau turut memberi contoh, kakitangan Perodua kini sedang bekerjasama dengan Daihatsu Japan dalam mereka bentuk model Daihatsu, yang satu daripada usaha untuk mengeksport kepakaran ke luar negara.
Menurutnya, Perodua akan terus memanfaatkan hubungan rapat dengan Daihatsu untuk merealisasikan objektif Perodua Smart Build.
“Perodua Smart Build akan dicapai dengan bantuan pemegang saham dan rakan teknologi serta teknikal kami, Daihatsu Motor Company of Japan; dan kerajaan Malaysia yang mewujudkan ekosistem ini untuk memberi faedah kepada negara,” katanya.
Menurut Zainal lagi, Perodua Smart Build direka untuk membantu Perodua dan ekosistem automotif negara mengambil manfaat daripada Dasar Automotif Nasional dengan menjadikan industri terbabit lebih berdaya saing dan maju.
Antara komponen utama Perodua Smart Build adalah pembangunan produk sepenuhnya oleh Perodua dan para pembekalnya, pembentukan budaya kerja kelas pertama dan pemikiran kelas pertama yang akan menyumbang kepada negara.
“Pelancaran Perodua Smart Build tidak bermaksud kami sudah mencapai potensi penuh komponen-komponen ini; sebaliknya, ia menandakan permulaan perjalanan Perodua dan rakan-rakan niaganya menuju tahap daya saing yang lebih tinggi.
“Kami berterima kasih kepada Daihatsu kerana diberikan peluang ini dan sokongan berterusan mereka selama ini. Sudah tiba masanya untuk kita berkongsi kerjasama ini sepenuhnya dengan rakan-rakan niaga kami di Malaysia,”katanya.
Beliau menambah bahawa sebilangan pembekal Malaysia sudah pun menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global Daihatsu, dan Perodua sedang bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk membangunkan lebih banyak pembekal tempatan ke arah tuju yang sama.
Beliau menjelaskan Perodua berhasrat untuk memastikan kesinambungan perniagaan para pengedar dengan berkongsi amalan terbaik serta teknologi terkini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Perodua Mendunia! Lelaki Jumpa Pusat Servis Kenderaan Jenama Tempatan Di Nepal

gempak
18/04/2024
02:55 MYT
Siapa sangka jenama automotif tempatan, Perodua, berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa apabila pusat servis kenderaan itu ditemui di negara Nepal. Menerusi posting seorang lelaki yang dikenali sebagai Fawaz di Facebook, individu itu berkongsi menemui sebuah pusat servis Perodua yang terletak di Kathmandu, Nepal setelah memulakan pengemba
Viral

Perodua Setuju Beli Kereta Bezza Rosak Dengan Harga Penuh, Pemilik Syukur - “Kerana Gula, Semut Bersatu”

gempak
06/01/2024
03:00 MYT
Perodua setuju beli Bezza rosak.
Viral

Isu Kereta Rosak Selepas 8 Jam, Pengguna Dakwa Kenyataan Media Perodua Tak Selesaikan Masalah

gempak
05/01/2024
01:55 MYT
Harap dapat diselesaikan segera
Viral

Perodua Beri Kenyataan Isu Pengguna Sempat Pakai Bezza 8 Jam Sebelum Kereta Rosak, Tak Siap Dibaiki Berbulan-Bulan

gempak
03/01/2024
15:42 MYT
Perodua akhirnya beri kenyataan
drebar

Jualan Perodua Terus Meningkat Pada September, Naik 102 Peratus

gempak
04/10/2021
07:34 MYT
Suku keempat 2021 memberikan ramalan yang lebih baik berbanding dua suku sebelumnya.