,
Antarabangsa

Perhimpunan Ford Mustang Terbesar Catat Di Dalam Malaysia Book of Records

Erywan
29/09/2020
09:45 MYT
Kelab Mustang Malaysia mencatatkan rekod baharu di dalam Malaysia Book of Records sebagai penganjur perhimpunan Ford Mustang terbesar di negara ini. Perhimpunan yang diadakan pada 27 September 2020 menyaksikan sebanyak 137 Ford Mustang berhimpun di Pavilion Kuala Lumpur dan pemilik berpeluang seharian beramah mesra serta berkongsi pengalaman berharga.
Dalam majlis terbabit, sijil pengiktirafan disampaikan kepada Presiden Kelab, Alfred C.K. Joseph oleh Ketua Pegawai Operasi Malaysia Book of Records, Encik Christopher Wong.
Kelab Mustang Malaysia ditubuhkan pada tahun 2018, dan semenjak itu ia terus berkembang sehingga memiliki 245 ahli berdaftar. Ia ditubuhkan dengan tujuan berkongsi informasi berkenaan Ford Mustang baharu dan menggalakkan pemanduan yang selamat dan berhemah. Kelab itu juga menyediakan platform kepada pencinta Ford Mustang memupuk hubungan berdasarkan minat yang sama.
Sementara itu, Presiden Kelab Mustang Malaysia, Alfred C.K. Joseph berkata, matlamat pihaknya adalah untuk mengetengahkan perpaduan dan keharmonian semua lapisan masyarakat di dalam negara berbilang kaum ini melalui minat terhadap kereta.
“Sekalung tahniah kepada Kelab Mustang Malaysia kerana menganjurkan acara ini dan mencatatkan rekod baharu,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

Lebih Jimat! Beli Ford Ranger WildTrak dan XLT Plus Dapat Percuma Servis Dua Tahun

gempak
03/08/2021
07:11 MYT
Servis percuma dua-tahun sah untuk pelanggan baharu model Ranger WildTrak dan XLT Plus terpilih.
drebar

Ford Puma ST Gold Edition - Dicipta Daripada Maklum Balas Orang Ramai

gempak
21/06/2021
08:24 MYT
Syarikat itu meminta peminatnya menghasilkan reka bentuk bagi model edisi terhad Puma ST.
drebar

Hoonitruck Mencari Pemilik Baru, Harga RM4.53 Juta. Ada berani?

gempak
16/06/2021
04:16 MYT
Ini menjadikan model trak pikap model F-150 paling mahal buat masa ini biarpun ia adalah keluaran 1977.
drebar

Ford AS Beri Insentif AS$1,000 Untuk Pelanggan Terus Bersabar

gempak
11/06/2021
04:22 MYT
Kelewatan stok kenderaan tiba kepada kumpulan pengedar berpunca daripada masalah bekalan cip semikonduktor global.
drebar

Ford Maverick - Trak Pikap Kompak, Lebih Kecil Daripada Ranger

gempak
11/06/2021
02:55 MYT
Biarpun kecil, ia masih dikekalkan dengan kemampuan untuk membawa beban maksimum 680kg dan kapasiti tunda maksimum 907kg.