Tempatan
Pasukan Proton R3 sukar digugat di S1K 2019, menang tempat 1 dan 2
Pasukan Proton R3 (R3) menamatkan musim 2019 dengan cemerlang selepas memenangi perlumbaan Sepang 1000km (S1K) untuk kali ketiga berturut-turut.
Proton Iriz 2019 yang dipandu oleh Mitchell Cheah dan Fariqe Hairuman menguasai perlumbaan yang sukar dengan kehadiran kereta keselamatan serta cuaca buruk untuk mengharungi perlumbaan sembilan jam dan bukannya 181 pusingan seperti dijadualkan.
Malah, Pasukan R3 turut memenangi ditempat kedua dengan jentera Proton Saga 2019 yang dipandu oleh Syafiq Ali dan Admi Shahrul.
Dengan kemenangan tiga tahun berturut-turut dan lima kejuaraan dalam S1K, PROTON pendahulu sebagai pengeluar paling berjaya dalam sejarah acara itu.
Rekod itu adalah bukti kebolehpercayaan, pengendalian dan prestasi kereta Proton serta kemahiran, profesionalisme dan kerja berpasukan R3 yang boleh dikatakan sebagai pasukan perlumbaan terkemuka di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong berkata, kejayaan dalam perlumbaan permotoran memerlukan kombinasi yang betul.
“Walaupun model yang sesuai tersedia, sukar untuk mencapai kejayaan kerana kereta perlu dibangunkan terlebih dahulu, manakala kemahiran pasukan perlumbaan, dari juruteknik kepada pemandu, perlu diasah dengan halus.
“Ini memerlukan pelaburan dalam masa dan wang serta kejayaan PROTON dalam sukan permotoran adalah bukti pelaburan kami dalam R3, bahagian perlumbaan dalaman kami, adalah bijak, "katanya.
Bagi pasukan ketiga Proton R3, ia terdiri daripada pasukan pemanduan semua wanita membabitkan Nurul Husna dan Faye Kusairi. Mereka dipilih daripada Carian Pemandu Lady MSF-R3 yang memberi peluang kepada pelumba wanita yang bercita-cita untuk bersaing dalam perlumbaan S1K.
Pemimpin utama pasukan itu ialah Leona Chin, pelumba wanita terpantas di Malaysia. Mereka yang bermula di petak ke-26 mampu memenangi di tempat ketujuh.
Must-Watch Video