,
Antarabangsa

Pandem Hasilkan Pakej Untuk Corvette C8, Tampil Luar Biasa

Erywan
29/09/2020
04:50 MYT
C8 ialah sport car generasi kelapan siri keluarga Corvette, satu jenama kenderaan dari Amerika Syarikat. Tidak keterlaluan dikatakan, kereta ini bukannya ada ramai pembeli di seluruh dunia dan ada banyak lagi pilihan model pesaing lain dalam pasaran.
Pun begitu, nampaknya turner-tuner popular tiada diskrimasi terhadap pemilik C8 dan tetap menghasilkan kit badan khas untuk Corvette C8. Antaranya, Pandem atau sinonim dengan panggilan Rockey Bunny.
Harga untuk pakej kit badan penuh ini agak murah iaitu cuma AS$7,000 (RM29,070). Jika tidak mahu spoiler besar di belakang, harga pakej akan turun kepada AS$5,800 (RM24,090).
Kit badan Pandem meliputi spoiler belakang bersaiz besar, fender dan skirt sisi yang membuatkan kereta nampak lebih lebar dengan set bampar lebar. Pandem juga mencipta satu splitter pada bawah bampar depan untuk mengurangkan rintangan angin semasa memandu laju. Model Corvette C8 ini sudah menggunakan pakej lengkap Pandem dan disarung rim kustom dengan balutan tayar mudah melekat atas tar keluaran Toyo Tires.
Pakej Pandem ini bukan untuk semua pemilik Corvette C8 kerana ada yang tidak suka kepada reka bentuk secara berlebih-lebihan. Bagi mereka yang mahu nampak macam sebuah C8 di Pameran SEMA, inilah pakej paling sesuai.
Setakat ini, pakej itu belum ada dalam bentuk fizikal dan dikatakan masih di peringkat lakaran. Apapun Pandem di Amerika Syarikat sudah mula mengambil pratempahan dan ini bermakna, pengeluaran pakej akan dibuat tidak lama lagi.
Pandem pernah menawarkan beberapa pakej kit badan lebar kereta termasuk dua pilihan untuk Toyota Supra A90, kit khas untuk BMW 8 Series (E31) generasi pertama, Mercedes 190E W201, Porsche Cayman dan Ford F-150 Raptor.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3

gempak
20/09/2024
05:22 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3 Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Viral

Hadir Bersama Alif Teega Di Mahkamah, Ini Respons Aisyah Hijanah Bila Ditanya Soal Perceraian…

gempak
20/09/2024
03:55 MYT
Kehadiran isteri kepada pempengaruh media sosial, Alif Teega iaitu Aisyah Hijanah menemani suaminya di Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat mengundang pelbagai reaksi netizen.
Hiburan

Ulas Isu Rumah Tangga Fazura-Fattah, Netizen Mula ‘Serang’ Tya Ariffin & Asyraf Khalid - “Yang Dari Suka Tengok Podcast Ini, Tiba Rasa Menyampah...”

gempak
20/09/2024
02:55 MYT
Gara-gara mengulas isu rumah tangga pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin, pelakon Tya Ariffin serta suaminya iaitu Asyraf Khalid menerima kecaman netizen di laman sosial.