,
Tempatan

Nissan Note Aura, Pilihan Varian Baharu Yang Lebih Premium

Erywan
17/06/2021
04:27 MYT
Nissan Note generasi ketiga yang diperkenalkan pada November tahun lalu kini mempunyai varian baharu yang dikenali sebagai Note Aura. Menurut Nissan, ia dilengkapi dengan trenkuasa yang sama dengan model asal, namun dengan penambahan kemasan yang lebih premium dan beberapa kelengkapan lain.
Selain itu, Note Aura juga boleh dibezakan berdasarkan penampilannya, di mana varian baharu ini dilihat mempunyai lampu LED lebih langsing dan jeriji V-Motion yang kurang bersegi. Apa yang menarik, ukuran lebar hatchback ini juga bertambah sebanyak 4cm.
Nissan menawarkan 14 variasi warna badan, dengan lima kombinasi dua-tona termasuk Garnet Red dengan Super Black dan Midnight Black dengan Sunrise Copper. Ia dipadankan dengan rim aluminium berukuran 17 inci dengan kemasan gunmetal.
Di dalam, tempat duduk Zero Gravity boleh didapati dalam dua variasi iaitu fabrik bercorak Herringbone dengan kulit sintentik atau upholsteri kulit tulen berkualiti tinggi. Bahagian bawah panel instrumen dan konsol tengah pula dihiasi dengan kemasan kayu.
Peminat audio atau ‘audiophile’ kini boleh mendapatkan sistem audio Bose Personal Plus yang mempunyai pembesar suara di dalam perehat kepala tempat duduk hadapan serta teknologi pemprosesan canggih untuk pengalaman mendengar akustik yang premium.
Menjadikan suasana di dalam kabin lebih selesa adalah penebat bunyi tambahan pada bahagian pintu, bumbung dan kaca tingkap pintu hadapan.
Seperti versi standard, Note Aura digerakkan oleh trenkuasa hibrid e-Power yang terdiri daripada enjin 1.2-liter dan motor elektrik. Bergantung kepada varian, motor elektrik tersebut diletakkan pada gandar hadapan sahaja atau pada kedua-dua gandar, sekali gus memberikannya pacuan semua roda. Harga untuk model ini bermula dari 2,610,300 yen (RM97,740) hingga 2,957,900 yen (RM110,756).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

Nissan Lancar GT-R Edisi Terhad, Premium Edition Dan Track Edition - Pembeli Dipilih Secara Undian

gempak
14/09/2021
07:53 MYT
Dua warna baru ditawarkan membabitkan Midnight Purple dan Millennium Jade.
drebar

Selepas 12 Tahun, Akhirnya Generasi Baharu Nissan Z Lancar Secara Rasminya

gempak
18/08/2021
04:43 MYT
Ia mula dijual di Jepun pada musim sejuk ini, manakala musim bunga tahun hadapan di Amerika Syarikat
drebar

Tan Chong Motor Holdings Berhad Lancar Kempen Vaksinasi Covid-19

gempak
03/08/2021
05:19 MYT
Sehingga kini, 70 peratus daripada pekerja Tan Chong di seluruh negara sudah divaksinkan sama ada dos 1 atau dos 2.
drebar

Nissan Skyline GT-R V-Spec II Nur Kondisi Baru Keluar Kilang, Bidaan Bermula RM1.88 juta

gempak
07/07/2021
06:56 MYT
Kenderaan itu belum pernah didaftarkan, selain jarak pemanduan hanya 10km.
drebar

Nissan GT-R NISMO SE - Hud CF, Rim RAYS 20 Inci, Warna Stealth Grey, 600PS

gempak
15/04/2021
02:27 MYT
Model dibina mengikut pesanan ini kekal dengan enjin 3.8-liter twin-turbo V6 yang dipadankan dengan transmisi automatik klac berkembar.
Unitar