,
Tempatan

MINI Electric Pacesetter - Kereta Rasmi Keselamatan Kejohanan Dunia Formula E

Erywan
06/04/2021
04:41 MYT
2021 dilihat sebagai tahun yang sibuk buat BMW Group khususnya dalam bidang sukan permotoran. Ini kerana kumpulan itu bukan sahaja menjadi pembekal rasmi kereta keselamatan bagi kejohanan MotoGP, tetapi juga untuk Kejohanan Dunia Formula E.
Untuk perlumbaan elektrik itu, BMW Group akan menggunakan sebuah MINI Cooper SE yang telah dimodifikasi menerusi kerjasama antara MINI Design, BMW Motorsport, FIA dan juga Formula E.
Jentera yang dikenali sebagai MINI Electric Pacesetter itu tampil agresif dengan pelbagai elemen John Cooper Works (JCW) seperti fender yang lebih lebar, ‘splitter’ pada apron hadapan, spoiler belakang dan diffuser. Ia juga dipakaikan rim aloi berukuran 18 inci daripada MINI JCW GP yang dibalut tayar Michelin Pilot Sport.
Kit badan agresifnya dipadankan dengan skema warna yang begitu menonjol yang terdiri daripada warna perak kusam pada bahagian hadapan. Warna ini bertemu dengan balutan Highspeed Orange dan Curbside Red di bahagian belakang. Trim Energetic Yellow pada spoiler dan diffuser menghasilkan kontras yang menarik.
Sementara itu, bahagian sisi sebelah kiri dan kanan badan pula menampilkan corak bendara penamat perlumbaan dengan logo MINI Electric yang juga boleh didapati pada gril dan bumbung.
Di dalam, kebanyakan komponen telah dikeluarkan, meninggalkan hanya komponen-komponen penting seperti tempat duduk hadapan, tali pinggang keledar, kluster instrumen digital serta konsol tengah di mana terdapatnya tuil gear, brek tangan dan butang kawalan untuk lampu.
Selain itu, sangkar keselamatan dipasangkan pada bahagian belakang ruang kabin bagi meningkatkan keselamatan dan juga ketegaran casis. Bercakap tentang casis, MINI menggunakan sistem suspensi spesifikasi perlumbaan untuk meningkatkan aspek pengendalian Electric Pacesetter.
Ruang kabin yang minimalis serta penggunaan komponen-komponen yang diperbuat daripada gentian karbon secara tidak langsung berjaya mengurangkan berat keseluruhan jentera ini sebanyak 130 kg.
Walaupun trenkuasa elektriknya dibiarkan standard dengan kuasa berjumlah 184PS dan 280Nm, pecutan 0-100km/j kini boleh dilakukan dengan lebih pantas dengan catatan masa 6.7 saat berbanding 7.3 saat oleh versi standard. Bukan itu sahaja, masa pecutan 80-120km/j turut berkurang dari 4.6 saat sebelum ini kepada 4.3 saat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

'Abang Bas' Didakwa Lagi Di Mahkamah, Sempat Tunjuk 'Mini Love'

gempak
12/09/2024
05:30 MYT
Pemandu bas yang ditahan selepas memuat naik rakaman video penumpangnya yang merupakan murid sekolah rendah sebagai orang kesayangan atau 'crush' sempat memberikan 'mini love' di Mahkamah Sesyen Batu Pahat, pada Khamis.
Laman Utama

“Dah Macam Pondan Dah” - Netizen Kritik Gambar Intan Najuwa Berskirt Mini Ala Tuala

gempak
04/10/2021
03:50 MYT
Intan Najuwa dikritik netizen kerana mengenakan skirt pendek paras paha
drebar

MINI Malaysia Memperkenalkan John Cooper Works 3 Door dan John Cooper Works Countryman Baharu

gempak
02/07/2021
05:08 MYT
Harga bermula RM311,259 atas jalan dan tanpa insurans.
drebar

MINI John Cooper Works 3-Door Facelift - Imej Lebih Segar

gempak
19/04/2021
06:40 MYT
Bampar hadapan diberikan rekaan lebih segar dengan jalur merah yang merentangi jeriji dan bukaan udara berbentuk petak.
drebar

BMW Group Malaysia Lancar Aplikasi Mobiliti Baharu buat Pemilik BMW dan MINI

gempak
31/03/2021
05:24 MYT
Aplikasi itu menawarkan akses segera dan keupayaan untuk mengurus status kenderaan, serta dapat berhubung terus dengan pusat servis BMW atau MINI.