,
Antarabangsa

McLaren 620R Cuba Diseludup Ke Filipina, Buat Pengisytiharan Palsu Porsche Cayman

Erywan
05/08/2020
02:10 MYT
Biro Kastam Filipina mengumumkan rampasan sebuah supercar yang cuba diseludup masuk ke negara itu melalui Pelabuhan Manila pada 3 Ogos lalu.
Kereta yang dimaksudkan ialah seunit McLaren 620R yang dihasilkan pada akhir tahun 2019. Pihak yang menyeludup supercar itu membuat pengisytiharan palsu dengan mengatakan kereta itu ialah Porsche Cayman.
Motif di sebalik penipuan itu ialah untuk mengelakkan pembayaran cukai dan duti import sebenar. Pendek kata, bayar cukai rendah dan dapat kereta masuk ke Filipina.
Menurut Biro Kastam Filipina, model 620R itu tiba di Manila pada 16 Julai lalu berharga 33 juta peso (RM2.83 juta) dan disepatutnya dikenakan cukai 16,771,689 peso (RM1.44 juta).
Pihak pengimport yang cuba menipu penguat kuasa dengan membayar cukai 1.5 juta peso (RM129,700) untuk jimat baki 15 juta peso (RM1.29 juta).
McLaren 620R adalah kereta untuk kegunaan jalan raya biasa yang dipasang enjin 3.8 liter turbo berkembar V8, menjana output 612hp dan tork 620Nm. Ia mula diperkenalkan pada Disember 2019 dengan jumlah pengeluaran terhad iaitu hanya 350 unit.
Sebelum ini, kerajaan Filipina di bawah pimpinan Presiden Duterte ada satu kaedah mengajar mereka yang cuba mengelak bayar cukai. Semua kenderaan dirampas tidak kira supercar atau motosikal berkuasa tinggi, akan dilupuskan dengan dilenyek jentera pembinaan seperti jentolak atau jengkaut.
Sumber: VisorPh
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kongsi Video Kereta Baru Sempena Hari Jadi, Ada Pula Netizen Tuduh As'ad Motawh Menunjuk - "Perlu Ke Photoshoot"

gempak
05/09/2024
09:55 MYT
Penyanyi dan pempengaruh media sosial, As’ad Motawh sekali lagi menarik perhatian ramai susulan perkongsiannya di Instagram sempena ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.
Laman Utama

Terbongkar Opai Bukan Pemilik Nombor Plat McLaren? Fatin Afeefa Kongsi Keadaan Suami Di Hospital - "Kena Pukul Dengan Geng Honda"

gempak
18/06/2023
22:36 MYT
Apa dah jadi dengan suami Fatin Afeefa? Kena Pukul?
drebar

Bekas Jentera F1 McLaren Lewis Hamilton Berjaya Dijual RM27.51 Juta

gempak
23/07/2021
03:53 MYT
Namun, ia bukannya jentera F1 paling mahal yang pernah dijual sebelum ini kerana ada beberapa model lain melepasi tanda harga itu.
drebar

McLaren Luaskan Rangkaian Supercar Hibrid Dengan Perkenalkan Artura

gempak
18/02/2021
08:22 MYT
Jentera ini boleh pandu secara elektrik sejauh 30km dengan kelajuan maksimum mencecah 130km/j.
drebar

Hanya 15 Unit McLaren Sabre Dibina, Hasil Gabungan Model Speedtail dan Senna

gempak
11/01/2021
09:25 MYT
Model ultra eksklusif ini mempunyai enjin 4.0 liter twin-turbo V8 dengan kuasa mencecah 824hp dan 800Nm, membolehkannya memecut sehingga 350km/j.