,
Tempatan

Lamborghini Urus Mansory Milik Kim Kardashian, Harga Mencecah RM2.53 juta

Erywan
25/08/2021
04:08 MYT
Bagi artis terkenal terutama bintang Hollywood, memiliki sederet kenderaan mewah bukannya suatu perkara baharu.
Sama juga artis ini, Kim Kardashian yang memiliki Lamborghini Urus yang ditala khas oleh syarikat Mansory.
Pastinya, ini bukan Lamborghini Urus ‘berbulu-bulu’ yang pernah kami siarkan pada Jun lalu. Memang tidak lawa langsung! Penampilan Urus berbulu itu untuk mempromosi produk pakaian wanita baharu iaitu SKIMS yang menggunakan material baharu.
Bagaimanapun ini adalah Lamborghini Urus baharu itu menerima bantuan daripada Mansory untuk mengubahsuainya dengan menggunakan kit badan lebar.
Bagi membuatkan ia lebih unik, ia menggunakan rim kustom iaitu satu-satunya yang dihasilkan untuk jentera itu dan dicat warna istimewa daripada KK x Platinum Special Pantone. Bagi memiliki jentera kustom itu, difahamkan Kim perlu membayar sejumlah USD600,000 (RM2.53 juta).
Untuk makluman, SUV lima-tempat duduk itu menggunakan enjin 4.0 liter V8 turbo-berkembar yang menyalurkan 650PS dengan tork setinggi 850 Nm.
Urus mampu mencatatkan prestasi pacuan dari 0-100 km/j dalam 3.6 saat dan kelajuan maksimum mencecah 305 km/j. Dari kelajuan 100 km/j, Urus boleh berhenti sepenuhnya dalam jarak 33.7 meter.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Pemandu Lamborghini Saman Majlis Bandaraya Selepas Kereta Kena Saman

gempak
29/08/2024
05:55 MYT
Aquilino telah disaman sebanyak $800 (RM3,475)  kerana didakwa telah melakukan pencemaran bunyi.
Berita

Pemandu Lamborghini Maut Terbakar Di Lebuhraya Karak

gempak
30/06/2024
08:00 MYT
Seorang lelaki maut selepas kereta mewah Lamborghini yang dipandunya terbakar di Jalan Bentong-Karak KM 57.1 Arah Timur di Bentong, Pahang pada Ahad.
Viral

[VIDEO] Ini Tujuan Cikgu Fadli Bawa Lamborghini Ke Sekolah - “Insya-Allah Akan Ada Antara Anak-Anak Ini Mampu Capai Impian Mereka”

gempak
09/02/2024
09:55 MYT
Seorang guru dan pempengaruh, Mohd Fadli Salleh yang berkongsi rakaman video tiba ke sekolah dengan memandu kereta jenis Lamborghini pada hari persaraannya
Laman Utama

Dikecam Sebab Guna Lamborghini Tapi Belajar Di UiTM, Influencer Ini Beri Kenyataan - “Saya Bukan Flexing…”

gempak
24/12/2023
04:55 MYT
Ini kenyataan tuan empunya badan
Laman Utama

“Ira Kazar Ok Ke Tu?”- Lamborghini Syamsul Yusof Berasap Tepi Jalan, Netizen Tanya Khabar Isteri Kedua

gempak
12/06/2023
04:55 MYT
Netizen Tanya Khabar Isteri Kedua