HIBURAN
Selesa Hidup Terpencil, Jet Li Alami Social Anxiety
Jet Li merupakan nama yang cukup besar dalam industri hiburan dunia. Pesohor seni berusia 62 tahun ini amat dikenali dengan kepakaran dalam seni bela diri.
Meniti populariti sejak kecil, Jet Li mendedahkan dia kini berdepan masalah gangguan kesihatan mental Social Anxiety. Social Anxiety adalah gangguan kecemasan sosial dan berasa takut berinteraksi dengan orang. Hal yang demikian membuat dirinya lebih senang hidup secara sederhana dan lama tidak berlakon.
“Saya fikir saya sekarang selesa hidup terpencil. Kesan daripada pekerjaan (selebriti) telah membuat saya mengalami masalah gangguan kesihatan mental,” akuinya seperti dilaporkan AsiaOne.
Bintang kelahiran China yang kini menetap di Singapura itu melanjutkan dirinya berdepan masalah tersebut kerana menikmati populariti pada usia yang terlalu muda.
“Selepas meraih populariti ke mana saja saya pergi, orang mahu memiliki tanda tangan saya. Dan saya perasan saya ‘kehilangan’ diri sendiri.
“Saya malah tidak dapat menikmati makanan di luar kerana orang sekeliling menegur dan mahu berbual. Jika saya tidak senyum mereka akan kata saya sombong.
“Akhirnya saya membesar dengan bimbang berada dalam keramaian. Saya tidak mahu keluar dan tidak mahu bertemu sesiapa,” luahnya lagi.
Pakar seni bela ini mengaku dirinya akan sedih dan berfikir keterlaluan jika tidak dapat memenuhi keingina peminat menerima tanda tangannya.
“Saya tidak boleh memuaskan hati semua orang. Bila saya lihat peminat tidak gembira kerana tidak dapat tanda tangan saya, aku akan sedih dan takut.
“Saya akan mula memencilkan diri, tidak mahu berinteraksi dengan orang atau berada dalam keramian,” katanya lagi.
Jet Li yang mula terkenal sejak tahun 1982 juga mengaku dirinya telah senang menjadi atlet berbanding pelakon. Sebagai atlet beliau hanya perlu memberi fokus terhadap persembahan berbanding pelakon yang perlu ‘bersiap’ setiap masa.
Sebab itu beliau menolak banyak tawaran termasuk temu bual kerana akan ‘disiapkan’ oleh pihak yang bertanggungjawab agar penampilannya sendiri elok.
“Sebagai atlet saya hanya perlu memiliki keputusan baik. Tapi sebagai pelakon, saya menghargai peminat menonton karya saya cuma saya tidak mahu berlakon juga apabila perlu menjadi diri sendiri,” luahnya.
Kini aktor itu senang menjalani kehidupan sederhana. Jet Li memilih untuk terlibat dalam banyak kerja kebajikan termasuk menubuhkan One Foundation.
“Saya berfikir apa yang saya boleh beri kepada komuniti, jadi saya pilih menyalurkannya menerusi badan kebajikan,” tutup Jet Li.
Must-Watch Video