,
Tempatan

Lamborghini Aventador Kadbod Dijual RM30,208

Erywan
27/05/2021
06:46 MYT
Seorang bintang YouTube, David Jones meraih New Zealand Dolar 10,000 (RM30,208) selepas menjual Lamborghini Aventador yang diperbuat daripada kadbod.
Bagaimanapun hasil jualan menerusi bidaan itu bukannya untuk mengautkan keuntungan, tetapi ia disalurkan ke badan amal ke Hospital Kanak-kanak Starship di Auckland.
Hospital itu adalah dipilih kerana di sana adalah tempat beliau menghabiskan masa untuk menjalani rawatan barah pada umur remaja.
Jones merancang untuk membina 'Cardborghini Aventapoor' itu dari model kertas mini yang ditemui dalam talian dan menjadikannya 5.6 kali lebih besar. Kenderaan kadbod berukuran lebar 1.65m dan panjang 3.78m.
Cardborghini mengambil masa lebih dua minggu yang mana masa untuk membinanya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kerangka dan bentuk badan.
Jones menyangka bidaan itu hanya boleh mencecah kira-kira $50 (RM151). Namun dijual pada harga tinggi selepas dibida sehingga 132 kali, kereta kadbod dijual kepada seorang individu di Christchurch.
Pada masa sama, Cardborghini turut didatangkan dengan ‘buku panduan asli’, poster dan kit baik pulih. Video projek itu juga mendapat sambutan apabila lebih 1 juta tontonan. Anda boleh tonton di bawah:
Sumber: nzherald.co.nz
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Pemandu Lamborghini Saman Majlis Bandaraya Selepas Kereta Kena Saman

gempak
29/08/2024
05:55 MYT
Aquilino telah disaman sebanyak $800 (RM3,475)  kerana didakwa telah melakukan pencemaran bunyi.
Berita

Pemandu Lamborghini Maut Terbakar Di Lebuhraya Karak

gempak
30/06/2024
08:00 MYT
Seorang lelaki maut selepas kereta mewah Lamborghini yang dipandunya terbakar di Jalan Bentong-Karak KM 57.1 Arah Timur di Bentong, Pahang pada Ahad.
Viral

[VIDEO] Ini Tujuan Cikgu Fadli Bawa Lamborghini Ke Sekolah - “Insya-Allah Akan Ada Antara Anak-Anak Ini Mampu Capai Impian Mereka”

gempak
09/02/2024
09:55 MYT
Seorang guru dan pempengaruh, Mohd Fadli Salleh yang berkongsi rakaman video tiba ke sekolah dengan memandu kereta jenis Lamborghini pada hari persaraannya
Laman Utama

Dikecam Sebab Guna Lamborghini Tapi Belajar Di UiTM, Influencer Ini Beri Kenyataan - “Saya Bukan Flexing…”

gempak
24/12/2023
04:55 MYT
Ini kenyataan tuan empunya badan
Laman Utama

“Ira Kazar Ok Ke Tu?”- Lamborghini Syamsul Yusof Berasap Tepi Jalan, Netizen Tanya Khabar Isteri Kedua

gempak
12/06/2023
04:55 MYT
Netizen Tanya Khabar Isteri Kedua