,
Antarabangsa

KTM India Lancar 250 Adventure Edisi 2021

Erywan
07/12/2020
05:18 MYT
KTM India mengembangkan siri motosikal gaya off-road dengan memperkenalkan model 250 Adventure edisi 2021. Model itu adalah motosikal kedua dalam keluarga Adventure selepas varian 390 Adventure. KTM 250 Adventure boleh dianggap transformasi asas dari varian naked KTM 250 Duke.
Jika dilihat secara teliti, casis dan enjin kedua-dua model ini adalah sama. Model baharu itu akan berdepan saingan sengit dalam liga dikongsi Honda CRF250L Rally, Suzuki V-Strom 250, Kawasaki Versys-X 300 dan BMW R 310 GS.
KTM 250 Adventure ini mudah dikenal pasti menerusi reka bentuk kepala motosikal seperti kepala mentadak. Motosikal ini ada satu penghadang angin kecil dengan beberapa panel badan plastik tambahan berbanding varian 250 Duke.
Enjin digunakan ialah silinder tunggal berkapasiti 248.8cc yang boleh menghasilkan kuasa maksimum 29.5hp pada 9,000rpm dengan tork maksimum 24Nm pada 7,500rpm. Kotak gear digunakan ialah enam kelajuan manual dengan klac anti gelincir.
KTM mendakwa bar hendal 250 Adventure direka untuk posisi tunggangan selesa dan ditambah guard tangan, meniru gaya motosikal off-road berkapasiti besar. Meter yang digunakan adalah jenis LCD dengan paparan digital, ada opsyen tunggangan off-road, teknologi sistem brek antikunci (ASB) dua saluran, fork USD biasa dan penyerap monoshock standard.
Pelana motosikal ini sedikit lebar dengan harapan ia dapat menawarkan keselesaan kepada mereka yang mahu menunggang jarak jauh. Ketinggian pelana ialah 855 milimeter (mm) dan didakwa sesuai untuk mereka yang memiliki ketinggian 1.7 meter.
Tangki KTM 250 Adventure adalah lebih besar dari 250 Duke, iaitu 14.5 liter. Ini membantu menjimatkan masa atau kekerapan penunggang berhenti di stesen minyak untuk membuat isian semula.
Kedua-dua roda motosikal ini dilengkapi brek cakera masing-masing berukuran 320 mm (depan) dan 230 mm di belakang. Kaliper depan ada empat omboh manakala di belakang, cuma satu omboh akan menekan cakera brek. Set brek masih buatan Bybre. Harga permulaan serendah INR 248,000 (RM13,685).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Tak Ada Keperluan Beli Kereta, Saya Lagi Suka Naik Train” - Khai Bahar

gempak
17/01/2022
08:29 MYT
Lovenya! Mesti ada yang dah pernah jumpa Khai Bahar kan.
Laman Utama

Sajat Didakwa Lolos Ke Thailand, KTMB Beri Kenyataan

gempak
20/09/2021
22:40 MYT
Nama usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad atau Nur Sajat sekali lagi mencetus kekecohan apabila didakwa meloloskan diri ke Thailand dengan menaiki kargo tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
drebar

Senang Betul Jual KTM RC 8C, Habis Tak Sampai 5 Minit

gempak
26/07/2021
07:35 MYT
Motosikal kegunaan litar itu dibangunkan bersama syarikat Kramer dari Jerman yang menggunakan enjin LC8c DOHC daripada model KTM 890 Duke R.