,
Antarabangsa

Kawasaki Tambah Baik Ninja ZX-10R Dan ZX-10RR Versi 2021

Erywan
25/11/2020
08:44 MYT
Sejak 2015 lagi, Kawasaki Racing Team (KRT) sudah mendominasi Kejohanan Superbike Dunia (WorldSBK) dengan jentera ZX-10R dan ZX-10RR. Dengan enam gelaran juara berturut-turut, kini tiba masanya untuk Kawasaki menambah baik model-model itu bagi menjadikannya lebih segar dan kompetitif.
Pertama sekali, Kawasaki memberikan kedua-dua model ‘flagship’ ini wajah baharu yang lebih agresif dengan saiz lampu yang lebih kompak.
Ia mungkin tidak secantik model generasi terdahulu, namun menurut jenama dari Jepun itu, rekaan terbaru ini menampilkan sayap (winglet) terbina dalam yang dikatakan berupaya meningkatkan janaan ‘downforce’ sebanyak 17 peratus.
Ciri ergonomik turut disemak semula. Kedudukan tempat letak kaki kini 5mm lebih tinggi, manakala bar hendal lebih rata dan diletakkan 10mm ke hadapan. Cermin penghadang angin juga lebih tinggi daripada sebelum ini sebanyak 40mm, sekali gus bertindak melindungi penunggang daripada rintangan angin dengan lebih baik.
Di bahagian kokpit pula, terdapat skrin TFT warna berukuran 4.3 inci yang boleh disambungkan dengan telefon pintar menerusi Bluetooth. Menerusi cara ini, pemilik boleh memantau maklumat serta memilih pelbagai tetapan untuk jentera mereka dengan hanya menggunakan aplikasi Rideology.
Selain itu, ZX-10R turut mendapat ciri Cruise Control dan tiga mod tunggangan iaitu Rain, Road dan Sport. Kelengkapan elektronik lain yang disertakan secara standard termasuk Launch Control, ABS, Quick Shifter, Engine Braking System dan Traction Control.
Kuasa yang dihasilkan oleh enjin 998 cc, empat silinder sebaris itu tidak berubah namun ia kini patuh piawaian emisi Euro 5 menerusi penambah baikan yang dilakukan pada sistem ekzos dan susun atur penukar pemangkin. Bagi ZX-10RR, enjin terbabit mendapat omboh dan rod penghubung titanium yang dihasilkan oleh Pankl.
Walaupun kuasa tidak bertambah, Kawasaki menjanjikan prestasi pecutan julat rendah dan pertengahan yang lebih baik dengan memendekkan nisbah gear 1, 2 dan 3.
Kemas kini casis pula termasuk titik pivot lengan ayun yang lebih rendah dan ‘offset’ fork yang lebih besar. Hasilnya, jarak antara roda bertambah sebanyak 10mm dan motosikal menjadi lebih lincah terutamanya apabila keluar dari selekoh.
Sebagai varian yang sedia untuk beraksi di litar, ZX-10RR turut mendapat ciri tambahan seperti rim Marchesini, angkup brek Brembo Stylema dan jalur brek keluli tahan karat.
ZX-10R boleh didapati dalam dua warna iaitu Lime Green/Ebony/Pearl Blizzard White dan Flat Ebony, manakala ZX-10RR hanya ditawarkan dalam warna Lime Green.
Harga bermula dari £15,799 (RM86,200) untuk ZX-10R dan £24,799 (RM135,310) untuk ZX-10RR. Pengeluaran ZX-10RR akan diterhadkan kepada 500 unit sahaja untuk seluruh dunia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Allah Uji Kita Tanda Sayang” - Amyra Rosli

gempak
25/06/2022
02:00 MYT
Habis gelap, terbitlah terang. Demikian metafora ujian melanda pelakon dan pengacara jelita, Amyra Rosli April lalu
drebar

KMSB Umum Tidak Lagi Edar Motosikal Kawasaki Bermula 1 Oktober Ini

gempak
30/09/2021
09:47 MYT
nama syarikat itu sudah ditukar menjadi KMSB Motors Sdn Bhd berkuat kuasa pada 6 September 2021.
drebar

Kawasaki Motors Japan Lancar Kawasaki ZX-10R/RR

gempak
25/03/2021
01:10 MYT
Ia berada dipasaran bermula Mei ini.
drebar

Spyshot: Kawasaki Ninja H2 SX Dikesan Jalani Ujian, Mempunyai Radar Pada Fairing Hadapan

gempak
01/03/2021
02:56 MYT
Kawasaki mengakui bekerjasama dengan Bosch untuk melengkapkan produk mereka dengan teknologi baharu.
drebar

Jabatan Motosikal Kawasaki Akan Bercerai Dari KHI

gempak
09/11/2020
02:45 MYT
Ia dikatakan sebagai sebahagian daripada penstrukturan besar-besaran pada tahun hadapan.