,
Antarabangsa

Kakitangan Petron Ceriakan Pusat Komuniti Kanak-Kanak

Erywan
30/12/2020
05:47 MYT
Volunteerism-In-Action (VIA), gerakan sukarelawan kakitangan Petron membantu mengubahsuai sebuah pusat komuniti yang menempatkan lebih daripada 200 kanak-kanak dengan menyalurkan bantuan berupa peralatan aktiviti rekreasi dan pendidikan.
Pusat Komuniti Desa Mentari Seva di Petaling Jaya menerima perabot, komputer riba, ensiklopedia, buku cerita, dan majalah serta tikar yoga. Ia juga menerima permainan pendidikan berpapan dan meja “foosball” dalam usaha menjadikan pusat komuniti itu lebih berfungsi dan kondusif untuk pembelajaran kanak kanak, khasnya ketika pandemik ini.
Ketua Hal Ehwal Korporat Petron Malaysia, Wan Adibah Azian Mahmood berkata, pihaknya gembira kerana dapat memainkan peranan untuk membantu Pusat Komuniti Desa Mentari Seva dalam mencapai matlamat mereka demi kebaikan pengguna pusat terbabit.
Menurutnya, melalui Petron VIA, pihaknya bekerjasama dengan Pusat Komuniti Desa Mentari Seva untuk mengenalpasti dan memenuhi keperluan mereka dan berharap sumbangan itu berjaya membantu meningkat taraf pusat komuniti terbabit.
Pada awal tahun ini, Petron VIA bersama rangkaian pengedar stesen syarikat itu sudah menceriakan sambutan perayaan Tahun Baru Cina di rumah orang tua di Puchong.
Mereka juga menghasilkan hampir 40,000 topeng muka untuk diagihkan kepada petugas kesihatan barisan hadapan di seluruh negara semasa awal pandemik.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

Petron Diesel Max Euro 5 Baharu Beri Penjagaan Dan Perlindungan Lebih Baik

gempak
18/08/2021
07:13 MYT
Memenuhi syarat spesifikasi diesel Euro 5 yang lebih ketat dan diformulasi dengan penggunaan aditif yang lebih maju.
drebar

Pelanggan Akui Petron Blaze 100 Mampu Beri Pretasi dan Jarak Lebih Baik

gempak
23/03/2021
02:56 MYT
Maklum balas pelanggan mengatakan ia memberi tindak balas yang pantas, diikuti dengan bahan api yang ekonomi.
Advertorial

Sudah Isi Minyak Di Petron, Rebut Peluang Cabutan Bertuah Bernilai RM240,000!

gempak
07/09/2020
09:03 MYT
Petron hulur sumbangan menerusi kempen Jom Bantu
drebar

Petron lancar produk terbaharu ‘High-Temperature Protection’

gempak
03/12/2019
03:32 MYT
Minyak enjin baharu menawarkan perlindungan terbaik terhadap suhu melampau
drebar

Petron dan Honda Malaysia beri pemeriksaan percuma kepada 1,100 kenderaan

gempak
11/09/2019
05:42 MYT
Program itu diadakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pemeriksaan kenderaan sebelum mereka memulakan perjalanan di jalan raya.