,
Antarabangsa

Ini bukan Karlmann King, tetapi Honda CR-V

Erywan
08/10/2019
03:01 MYT
Trend permintaan kenderaan utiliti sukan (SUV) di negara ini boleh dikatakan agak meningkat berbanding beberapa tahun lalu, ini boleh dilihat pengeluar automotif tempatan sendiri turut menawarkan segmen itu kepada masyarakat Malaysia.
Bagaimanapun, trend untuk mengubahsuai dalam segmen SUV mungkin agak tidak meriah berbanding model sedan, kompak atau hatchback.
Namun lain pula ceritanya di India apabila SUV daripada Honda iaitu CR-V diubah suai dengan secara yang unik seolah-olah ia tampil seperti Karlmann King. Buat pengetahuan anda, Karlmann King adalah SUV paling mahal di dunia apabila ia dijual pada harga kira-kira RM8 juta.
Bentuk luaran Honda HR-V meniru rekaan Karlmann King yang difahamkan panel badan itu dibuat material fabrik istimewa. Ia seolah-olah kelihatan seperti kulit durian, cuma diwarnakan hitam.
Jeriji hadapan juga menerima pembaharuan seperti Karlmann King, selain bampar hadapan kelihatan lebar berbanding standard.
Gerbang rodanya juga direka secara berpetak yang seperti pada model Karlmann King. Perbezaannya mungkin boleh dilihat adalah penggunaan rim dan tayar, selain menggunakan lampu Honda-CR-V di hadapan serta belakang.
Bagaimanapun, tiada maklumat lengkap berhubung enjin serta bahagian dalamannya. Cuma kami boleh katakan, ia satu hasil modifikasi yang luar biasa, tetapi segan untuk dipandu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

Tips bersih kereta dengan mudah dan menjimatkan!

gempak
08/10/2021
04:31 MYT
Tips yang diberikan ini boleh dilakukan sendiri (DIY) dengan barang-barang yang ada di rumah anda.
drebar

8 Model Kereta Edisi Terhad Bina Kurang 10 unit

gempak
07/09/2021
06:28 MYT
Koleksi jentera edisi terhad sebagai satu kepuasan selain pelaburan menguntungkan dengan nilai jualan semula.
drebar

Video: Ford Mustang 1969 Enjin Mercedes E63 AMG - Dari Besi Buruk, Kini Luar Biasa

gempak
19/07/2021
07:16 MYT
Ia memiliki 721hp dan kuasa itu disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi 7 kelajuan automatik asal E63.
drebar

Yamaha TT-R250 Kustom Jadi Scrambler Yang Menarik

gempak
21/04/2021
04:17 MYT
Pakar kustom asal Australia itu melakukan proses berperingkat pada motosikal sport enduro ini.
drebar

Akibat Tidak Mampu, Remaja Ini Bina Kereta Sendiri Bawah RM800

gempak
12/01/2021
03:13 MYT
Remaja ini membina kereta sendiri menggunakan besi untuk kitar semula.
Unitar