,
Tempatan

Honda Dash 125 versi keluaran 2020 tampil imej lebih segar

Erywan
13/11/2019
03:45 MYT
Boon Siew Honda Sdn Bhd mengumumkan Honda Dash 125 versi keluaran 2020 yang kini menampilkan warna dan jalur reka bentuk baharu.
Pengenalan warna dan jalur baharu itu akan memberi nafas baru kepada Honda Dash 125 yang menekan pada penampilan lebih versatil. Setiap pilihan warna dipilih secara khusus untuk memberikan impak visual yang lebih menarik. Kombinasi warna metalik yang diserlahkan oleh panel berwarna perak menjadikan rupa keseluruhan lebih ekspresif bagi penunggang yang gemar dgn jentera tampak berbeza. Pilihan warna baharu itu menepati cita rasa kebanyakan penunggang motosikal.
Buat pengetahuan, Honda Dash 125 ditawarkan dengan dua warna Clipper Yellow (Kuning) dan Candy Scintillate Red (Merah). Warna Pearl Nightfall Blue (Biru) akan tetap ditawarkan bagi model baharu itu termasuk edisi Repsol sedia ada bagi varian dengan brek cakera berkembar.
Honda Dash 125 dikuasakan oleh enjin 125cc yang telah diperhalusi bagi menjaminkan prestasi optimum sambil mengekalkan penjimatan minyak yang efisien. Jentera dengan transmisi empat kelajuan itu menyalurkan 7.35kW pada 8,000rpm dengan tork setinggi 9.54Nm pada 6,500rpm. Ciri keselamatan ditawarkan termasuk lampu LED dengan visor bagi meningkatkan lagi tahap penglihatan.
Kedua-dua varian dengan brek cakera tunggal dan brek cakera berkembar akan ditawarkan bagi model baharu ini. Honda Dash 125 kekal menjadi pilihan utama pembeli yang mencari ciri praktikal namun dgn harga mampu milik. Harga mengikut varian:
  • Dash 125 (Brek careka tunggal)-RM5,999
  • Dash 125 (Brek careka berkembar)-RM6,299
  • Dash 125 edisi Repsol (Brek cakera berkembar)-RM6,499
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar