,
Tempatan

Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas jual secara terhad, memilikinya sebelum habis!

Erywan
13/12/2019
03:42 MYT
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal untuk jenama Ford di Malaysia memperkenalkan model baharu Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas yang dijual secara terhad.
Apa yang membezakannya dengan versi biasa, Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas hadir dalam warna Absolute Black dan Arctic White serta dipasang dapra lebar (fender flare), kamera undur (rear view camera) serta penutup tonneau yang berfungsi. Luarannya juga, ia mempunyai pelekat bercorak geometri di bahagian kiri dan kanan untuk melengkapkan gaya sporti serta lasaknya.
Bagi meningkatkan lagi tawaran gaya hidup, sistem infotainmen dinaik taraf dengan menggunakan skrin sesentuh 9-inci yang lebih besar, lengkap dengan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto yang menyokong aplikasi-aplikasi mobil seperti Spotify, Waze, YouTube dan Google Chrome melalui sambungan "hotspot". Dijual pada harga RM120,888 untuk Semenanjung Malaysia dan RM126,388 untuk Sabah dan Sarawak (harga atas jalan, tanpa insuran), Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas baharu itu sudah ada di semua pameran Ford di Semenanjung Malaysia. Untuk Sabah dan Sarawak, trak ini akan mula dipamerkan pada minggu ketiga bulan Disember.
Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas menggunakan enjin Ford Duratorq 2.2L turbodiesel dan dipadankan dengan transmisi enam kelajuan automatic yang menghasilkan 160 PS serta tork setinggi 385 Nm. Antara kelengkapan lain untuk Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas termasuklah teknologi pintar serta fungsi keselamatan seperti 4X4 Shift-On-The-Fly, bilah pengelap dengan pengesan hujan dan sistem stereng berkuasa EPAS (Electric Power Assisted Steering) yang ringan. Ia turut dilengkapi dengan dua beg udara, ‘e-locking differential’, fungsi Kawalan Menuruni Bukit (Hill Descent Control), Bantuan Permulaan di Bukit (Hill Launch Assist), Sistem Cegah Brek Terkunci (Antilock Braking System) dengan Bantuan Brek Kecemasan (Emergency Brake Assist) dan Pengagihan Daya Brek Elektronik (Electronic Brake Force Distribution), cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX. Selain itu, ia dilengkapi juga Kawalan Stabiliti Elektronik (Electronic Stability Control) dengan Kawalan Cengkaman (Traction Control), Rollover Mitigation, Kawalan Ayunan Treler (Trailer Sway Control) dan Kawalan Adaptif untuk Beban (Adaptive Load Control).
Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas didatangkan dengan pakej waranti selama tiga tahun atau sehingga 100,000 km, yang mana terdahulu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

Tips bersih kereta dengan mudah dan menjimatkan!

gempak
08/10/2021
04:31 MYT
Tips yang diberikan ini boleh dilakukan sendiri (DIY) dengan barang-barang yang ada di rumah anda.
drebar

8 Model Kereta Edisi Terhad Bina Kurang 10 unit

gempak
07/09/2021
06:28 MYT
Koleksi jentera edisi terhad sebagai satu kepuasan selain pelaburan menguntungkan dengan nilai jualan semula.
drebar

Lebih Jimat! Beli Ford Ranger WildTrak dan XLT Plus Dapat Percuma Servis Dua Tahun

gempak
03/08/2021
07:11 MYT
Servis percuma dua-tahun sah untuk pelanggan baharu model Ranger WildTrak dan XLT Plus terpilih.
drebar

Ford Puma ST Gold Edition - Dicipta Daripada Maklum Balas Orang Ramai

gempak
21/06/2021
08:24 MYT
Syarikat itu meminta peminatnya menghasilkan reka bentuk bagi model edisi terhad Puma ST.
drebar

Hoonitruck Mencari Pemilik Baru, Harga RM4.53 Juta. Ada berani?

gempak
16/06/2021
04:16 MYT
Ini menjadikan model trak pikap model F-150 paling mahal buat masa ini biarpun ia adalah keluaran 1977.