,
Tempatan

Ford anjur latihan pemandu berhemah kepada rakan kongsi korporat

Erywan
03/09/2019
02:33 MYT
Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan tabiat pemanduan berhemah dan kesedaran keselamatan jalan raya, Ford dan pengedar tunggalnya, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), menganjurkan program latihan pemandu berhemah untuk rakan kongsi korporat Ford melalui program global Driving Skills for Life (DSFL).
Lebih 30 pemandu yang terdiri daripada rakan kongsi Ford meliputi syarikat telekomunikasi dan utiliti mengambil bahagian di bengkel diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), baru-baru ini.
Malaysia mempunyai kadar tertinggi pemilikan kereta di rantau ini, dengan catatan kemalangan trafik tinggi setiap hari.
Namun kesedaran terhadap asas keselamatan jalanraya masih kurang di kalangan rakyat Malaysia. Mengikut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), lebih dari 43 peratus pemandu Malaysia menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan kurang daripada 10 peratus menggunakan tali pinggang keledar di tempat duduk belakang.
Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata, keselamatan jalan raya adalah topik penting dan pihaknya berbangga dapat bekerjasama dengan Ford yang sememangnya memiliki kemahiran itu, dalam menggalakan sikap memandu yang lebih selamat di kalangan pemandu di Malaysia.
“Program Driving Skills for Life (DSFL) menyediakan keperluan dan sumber yang membantu pemandu memahami berbagai senario luar jangkaan yang boleh terjadi di jalan raya di samping menyiapkan mereka dengan pengetahuan untuk mengatasi dengan sewajarnya,” katanya.
Bengkel yang dijalankan secara teori dan amali itu turut menggunakan model-model Ford Ranger yang memang digunakan peserta setiap hari. Ini ialah untuk membantu mereka dalam mencapai simulasi paling hampir kepada pekerjaan seharian mereka.
Penekanan terhadap pemanduan ketika menggunaan alkohol atau ubat-ubat juga diterapkan di dalam program itu. Ini dicapai melalui pemakaian cermin mata khusus yang memberikan peserta pengalaman memandu dengan daya penglihatan, pergerakan dan koordinasi yang terganggu.
Bengkel itu dianjurkan secara percuma dan merangkumi pelbagai risiko pemandu dengan latihan memfokuskan kepada empat bahagian:
  • · Gangguan – Membuat keputusan bijak semasa memandu untuk menghadkan gangguan dan sentiasa fokus dalam pemanduan
  • · Mengenali bahaya – Bagaimana untuk mengagak bahaya di persimpangan dan zon selamat
  • · Pengurusan halaju dan jarak – Balajar bagaimana untuk menyesuaikan halaju dan jarak sekeliling, di hadapan dan belakang sambil mengelak dari dilanggar
  • · Kawalan kenderaan – Memahami kemampuan kenderaan dan belajar untuk mengawal kenderaan dengan lebih baik dengan menngoptimumkan ciri-ciri keselamatan seperti Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Amaran Perlanggaraan Hadapan dan Amaran Keluar Lorong.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

Tips bersih kereta dengan mudah dan menjimatkan!

gempak
08/10/2021
04:31 MYT
Tips yang diberikan ini boleh dilakukan sendiri (DIY) dengan barang-barang yang ada di rumah anda.
drebar

8 Model Kereta Edisi Terhad Bina Kurang 10 unit

gempak
07/09/2021
06:28 MYT
Koleksi jentera edisi terhad sebagai satu kepuasan selain pelaburan menguntungkan dengan nilai jualan semula.
drebar

Lebih Jimat! Beli Ford Ranger WildTrak dan XLT Plus Dapat Percuma Servis Dua Tahun

gempak
03/08/2021
07:11 MYT
Servis percuma dua-tahun sah untuk pelanggan baharu model Ranger WildTrak dan XLT Plus terpilih.
drebar

Ford Puma ST Gold Edition - Dicipta Daripada Maklum Balas Orang Ramai

gempak
21/06/2021
08:24 MYT
Syarikat itu meminta peminatnya menghasilkan reka bentuk bagi model edisi terhad Puma ST.
drebar

Hoonitruck Mencari Pemilik Baru, Harga RM4.53 Juta. Ada berani?

gempak
16/06/2021
04:16 MYT
Ini menjadikan model trak pikap model F-150 paling mahal buat masa ini biarpun ia adalah keluaran 1977.