,
Tempatan

Elak Berkonvoi Ketika PKP - PDRM

Erywan
30/08/2021
07:09 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan kelab atau kumpulan permotoran untuk tidak mengadakan aktiviti berkonvoi sewaktu negara masih berdepan varian Delta virus Covid-19 yang mudah berjangkit ketika ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias yang dipetik dalam laporan Harian Metro berkata, sesi perjumpaan dalam bentuk santai di lokasi tumpuan orang ramai pada hujung minggu juga wajar dielakkan.
Menurutnya, ia dilakukan supaya pergerakan mereka mengikut prosedur operasi standard (SOP) sewaktu pandemik Covid-19 selain mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya sepertimana ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) terutama di negeri Fasa 1 dan 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
"Walaupun begitu, bagi mengelak sebarang insiden yang tidak diingini, pihak JSPT sudah bersedia dengan perancangan dalam mengatur penugasan Op Khas Ambang Merdeka 2021.
"Operasi ini akan dilaksanakan secara penguatkuasaan menyeluruh melibatkan kontinjen dan daerah serta Sektor Kenderaan Peronda Lebuhraya (EMPV) Bukit Aman yang bermula pada 28 Ogos hingga 1 September 2021," katanya.
Menurutnya, polis juga mengadakan operasi secara bersepadu bersama lain-lain agensi penguatkuasaan dalam menguatkuasakan peraturan dan pematuhan kepada SOP Op Covid-19.
"Menjelang 31 Ogos 2021, Malaysia bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-64 tahun.
"Memandangkan pandemik Covid-19 masih belum reda dan negara dalam tempoh PPN secara berfasa, tiada sebarang sambutan atau perarakan secara besar-besaran akan diadakan di peringkat kebangsaan dan negeri," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Zynakal Kemalangan Ketika Konvoi Motosikal!

gempak
07/01/2024
14:38 MYT
Zynakal, 26, ditimpa kemalangan ketika menyertai aktiviti konvoi motosikal bersama rakannya semalam.
Laman Utama

“Sepatutnya Saya Juga Ikut Konvoi Itu” - Zahiril Syukur Beto Kusyairy Dalam Keadaan Baik

gempak
15/11/2023
04:44 MYT
Zahiril syukur Beto okay.
Laman Utama

"Konvoi PM Diberi Laluan Sebelum Ambulans Untuk Elak Risiko Kemalangan" - Polis

gempak
27/12/2021
06:50 MYT
Jawapan kepada video viral di Twitter...
Viral

Genting Highlands Larang Konvoi Motosikal?

gempak
07/07/2020
05:50 MYT