gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Konsert Slam Dan Exists, Bila Dua Legenda Berpadu, Kenangan & Emosi Peminat Bersatu
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Enggan Terlalu Yakin, Hariz Fayahet Anggap Semua Peserta Punya Peluang Sama
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: 10 Suara, Siapa Akan Ke Final? Jom Semak Senarai Lagu Minggu Separuh Akhir
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

A Aida Tak Galakkan Anak Jadi ‘Full Time’ Pelakon - “Ramai Rakan Pengarah Ingin Ambil Dia Berlakon Tapi…”

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
02/08/2025
06:55 MYT
Sponsor Banner
A Aida Tak Galakkan Anak Jadi ‘Full Time’ Pelakon - “Ramai Rakan Pengarah Ingin Ambil Dia Berlakon Tapi…”
Meskipun melihat anaknya berpotensi besar dalam dunia seni, namun penerbit terkenal, Datuk A Aida tidak menggalakkan Azeva Natassha bergelar pelakon sepenuh masa.
A Aida atau Zaidah Awang berkata, dia mahu anaknya mengambil alih syarikat yang dibangunkan selama ini iaitu A Aida Production dan menggalas tanggungjawab sebagai akauntan.
Begitu pun, penerbit berusia 55 tahun ini tidak menghalang anaknya untuk berlakon tetapi akan mengawal kekerapan muncul di kaca televisyen.
"Anak saya hanya boleh berlakon dengan A Aida Production sahaja. Ramai rakan pengarah yang ingin ambil dia berlakon, tetapi saya tidak izinkan.
"Saya mahu dia fokus sebagai akautan untuk syarikat. Syarikat sangat sibuk dan banyak kerja seperti menguruskan invois perlu dia uruskan.
"Lagi pun, dia sambung pengajian dalam bidang akautan, rugi kalau dia tinggalkan apa yang sudah dia belajar dahulu. Kemunculan dia di kaca televisyen akan dikawal oleh saya.
"Walaupun saya dalam bidang industri, tetapi untuk anak saya biarkan dia hanya suka-suka sahaja. Saya tak mahu dia jadi pelakon sepenuh masa. Saya tak galakkan dia masuk industri seni,” katanya.
Walaupun tidak membenarkan Azeva aktif dalam dunia seni, A Aida tetap menghantar anaknya menghadiri kelas lakonan agar bersedia sekiranya diperlukan untuk berlakon.
"Saya ada hantar dia masuk kelas lakonan dengan Fauziah Nawi sebagai persiapan jika pada masa akan datang saya mahu dia berlakon lagi,” katanya.
Dalam pada itu, A Aida memberitahu anaknya sebelum ini pernah berasa kurang berminat dengan industri hiburan, namun terkejut apabila fikirannya berubah selepas menamatkan pengajian.
"Dahulu, saya lihat Azeva boleh mewarisi legasi seni saya, ada bakat berlakon dan menyanyi. Tapi dulu dia tidak minat. Saya cakap dengan dia nak bagi A Aida Production kepadanya.
"Namun saya tidak mahu bagi kosong, setidaknya dia memiliki sijil tahap pendidikan yang tinggi, itu yang dia ambil keputusan sambung pengajian dalam bidang akautan. Andai satu hari dia ambil alih syarikat, saya tak risau.
"Selepas habis belajar, dia cakap yang dia dah minat berlakon, saya terkejut. Sebab sebelum ini dia kata tak minat. Itu yang saya suruh dia berlakon dalam drama Bos Nak Cuti,” katanya.
Topic Berkaitan
#A Aida
#Anak A Aida
#Azeva Natassha
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement