,
Tempatan

Edaran Modenas Sdn Bhd Dilantik Pengedar Eksklusif Motosikal Kawasaki Di Malaysia

Erywan
01/10/2021
04:14 MYT
Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), anak syarikat dan pengedar Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), dilantik sebagai pengedar rasmi Kawasaki di Malaysia berkuatkuasa hari ini.
Pelantikan itu merangkumi pengedaran bagi semua rangkaian produk Kawasaki termasuk kenderaan, alat ganti, aksesori, dan maklumat khidmat pelanggan yang membabitkan perkhidmatan teknikal termasuk aktiviti ‘recall’ jika diperlukan.
Bagi melancarkan lagi proses ambil alih, EMOS akan menjalani tempoh peralihan selama enam bulan yang turut dibantu oleh KMSB Motors Sdn Bhd Dalam tempoh ini.
Pemilik motosikal Kawasaki masih boleh kembali kemana-mana wakil pengedar atau stokis Kawasaki bagi pembelian serta pertanyaan alat ganti dan perkhidmatan teknikal. Sebarang perubahan atau perkembangan akan diumumkan dari masa ke semasa.
Semalam, Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd (KMSB) mengesahkan tidak lagi akan mengedar motosikal jenama Kawasaki secara rasmi di Malaysia berkuat kuasa 1 Oktober 2021.
Dalam satu surat yang dihantar kepada media, Lembaga Pengarah dan pengurusan KMSB mengambil keputusan sukar itu selepas mengambil kira beberapa perkembangan penting membabitkan polisi pelaburan yang berlaku dalam Kawasaki Heavy Industries Ltd Japan (KHI) di Malaysia.
Keputusan itu dibuat selepas peningkatan ekuiti dalam MODENAS pada 26 April 2019 dan strategi pemasaran produk KHI di pasaran negara ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Dari Melaka Ke Makkah, Remaja Lelaki Tunai Umrah Selepas Dua Bulan Ekspedisi Naik Motosikal Kriss 110

gempak
06/05/2024
11:40 MYT
Tindakan seorang remaja lelaki dipercayai bertolak ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah dengan hanya menaiki motosikal mendapat perhatian ramai orang.
Sukan

Derrick Gan Terima Hadiah Skuter Modenas Selepas Pulang Dari Doha! - "Ini Sangat Istimewa Kerana ..."

gempak
27/01/2024
17:04 MYT
Derrick Gan menerima hadiah skuter Modenas Karisma sejurus tiba di KLIA.
drebar

Modenas Pulsar NS200 Edisi 2021 Hadir Warna Dan Grafik Baharu, Harga Bermula RM9,655

gempak
29/09/2021
05:44 MYT
Ia akan tersedia di semua bilik pameran MODENAS yang sah pada bulan Oktober 2021.
drebar

Tunggang Uji: Betul Ker Ni Modenas Dominar D400 Facelift, Lain Macam Rasanya…

gempak
23/09/2021
06:34 MYT
Lebih bertenaga, pengendalian lebih bagus dan banyak kosmetik baharu.
drebar

Modenas Pulsar RS200 Hadir Warna Baharu, Harga Bermula RM9,999

gempak
25/03/2021
02:05 MYT
Modenas Pulsar RS200 juga didatangkan rim aloi putih, kemasan karbon di hadapan dan fender belakang dan logo Pulsar di bahagian tempat duduk.