HIBURAN
“Untuk Erika, Saya Sanggup” - DJ Bravy Sedia Temani Kekasih Bersalin Walau Bukan Anak Sendiri
DJ Bravy, kekasih kepada pelakon sensasi Erika Carlina, menyatakan kesediaannya untuk menemani Erika saat melahirkan anak sulungnya yang dijangka lahir pada Ogos ini.
Menurut Bravy atau nama sebenarnya Bravyson Vconk, walaupun pengalaman berada di bilik bersalin agak menakutkan baginya, dia tetap mahu berada di sisi Erika sebagai tanda sokongan dan menunaikan janji kepada wanita yang dicintainya.
“Dia selalu tanya sama ada saya berani atau tidak. Ya, saya takut, sebab saya tak pernah tengok proses bersalin secara langsung. Tapi demi dia, saya akan kuatkan diri,” katanya ketika muncul sebagai tetamu dalam sebuah podcast.

Lebih mengejutkan, Bravy turut menyatakan bahawa dia bersedia memikul tanggungjawab sebagai bapa, walaupun anak dalam kandungan Erika bukan darah dagingnya.
“Saya tiada masalah asalkan Erika izinkan saya jadi bapa kepada anaknya,” jelasnya.
Menurut Bravy, bayi lelaki itu akan diberi nama Andrew Neil.
Dalam perkembangan berkaitan, Bravy turut memaklumkan bahawa DJ Panda berkemungkinan akan hadir semasa proses kelahiran nanti.
Sebelum ini, Erika mengejutkan ramai apabila mendedahkan dirinya sedang hamil sembilan bulan. Dia turut berkongsi bahawa individu yang bertanggungjawab menghamilkannya pernah mengugut untuk memusnahkan kerjayanya jika perkara itu didedahkan kepada umum, malah menganggap hubungan mereka sebagai sekadar gimik.
Setelah kontroversi tercetus, DJ Panda atau Giovanni Surya Saputra tampil mengakui bahawa dialah bapa kandung kepada anak Erika. Menurutnya, mereka mula berkenalan pada November tahun lalu, dan insiden yang berlaku berlaku selepas kedua-duanya mabuk akibat pengambilan alkohol.
Akibat pengakuan tersebut, nama DJ Panda digugurkan daripada beberapa acara hiburan dan turut menjejaskan kariernya.
Must-Watch Video