,
Tempatan

Ducati Perkenalkan Edisi Istimewa Panigale V2 “Bayliss 1st Championship 20th Anniversary”

Erywan
26/07/2021
04:08 MYT
Sempena menyambut ulang tahun ke-20 kemenangan pertama Troy Baliss dalam WSBK, Ducati memperkenalkan satu model istimewa iaitu Ducati Panigale V2 “Bayliss 1st Championship 20th Anniversary”.
Agak panjang namanya bukan! Nama itu diambil sempena Bayliss menjuarai WSBK dengan Ducati pada tahun 2001yang dimenangi menggunakan enjin v-twin Ducati Corse.
Namun model istimewa itu dijual pada harga 20,990 euro (RM104,438) di Itali dan jika Masuk ke Malaysia, ia lebih mahal.
Jadi yang istimewanya dengan model ini dan kami perincian kepada beberapa bahagian:
  1. Bentuk luaran - Penampilannya adalah sama dengan jentera lumba 996R Bayliss pada tahun 2001. Ia menggunakan liveri itu dengan diletak nombor 21 pada tepi fairing kiri dan kanan, tandatangan pada tangki serta didatangkan nombor keluaran.
  2. Kawalan - Jentera itu menggunakan suspensi Ohlins NX30 pada fork, manakala monoshock TTX36, selain mempunyai damper yang boleh dilaras pada hendal.
  3. Lebih ringan 3kg - Bagi mengurangkan beratnya, ia menggunakan bateri lithium ion serta tempat duduk tunggal.
Dari segi prestasinya pula, ia menggunakan enjin Superquadro V2 yang menyalurkan 155hp pada 10,750rpm dengan tork setinggi 104Nm pada 9,000rpm.
Ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri lain membabitkan ABS, Wheelie Control, Traction Control, Quick Shift Up/Down dan Engine Brake Control.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

Ducati Multistrada V4 Dah Masuk Malaysia, Harga Bermula RM135,900

gempak
17/09/2021
06:34 MYT
Dilengkapi dengan enjin V4 Granturismo berkapasiti 1,158 cc yang mampu menyalurkan 170 hp.
drebar

Ducati Scrambler Nightshift Lancar Di Malaysia, Harga Bermula RM65,900

gempak
12/08/2021
04:11 MYT
Ia menggunakan warna serba gelap, selain badan dan tangki diwarnakan Aviator Grey.
drebar

Ducati MG-20, e-Bike Guna Material Magnesium, Harga RM7,922

gempak
15/07/2021
04:44 MYT
Ia menjadi basikal lipat elektrik (folding) pertama dalam rangkaian Ducati Urban e-Mobility.
drebar

Ducati Scrambler Desert Sled Fasthouse, Edisi Terhad Hanya 800 Unit Sahaja

gempak
12/03/2021
06:23 MYT
Hasil kerjasama antara Ducati dan jenama fesyen Fasthouse.
drebar

Beli Ducati Dapat Jaket Pintar Mempunyai Beg Udara Bernilai RM4,300

gempak
02/02/2021
05:23 MYT
Selain itu, Ducati Malaysia menawarkan banyak lagi pakej baharu untuk kemudahan pelanggan.