TEMPATAN
Dua Punca Ini Sebab Toyota Belum Fokus Sepenuhnya Kepada Kenderaan Elektrik
Toyota dilihat agak perlahan mengumumkan rancangan masa depan mengenai rangkaian produk kenderaan elektrik (EV) jika dibandingkan dengan pesaing automotif lain.
Tahun ini Toyota cuma umum pelan membina dua model elektrik berasas pengunaan bateri sedangkan rata-rata pengeluar automotif lain mengambil pendekatan tanpa berselindung dan mengumumkan rangkaian penuh produk elektrik untuk pelbagai segmen.

Toyota sebenarnya sedang menumpu perhatian kepada aspek kitaran hayat penuh produk berhubung mengurangkan pembebasan emisi karbon kerana ada beberapa kajian menunjukkan kerja-kerja membina EV dan pek bateri sebenarnya menghasilkan lebih banyak gas berbahaya berbanding kenderaan berasaskan petrol.
Bagaimanapun, keputusan itu sebenarnya bergantung rapat kepada kehendak pelanggan kerana konsumer akan membuat pilihan akhir.

Jadi apa pendekatan Toyota, menurut beberapa laporan, syarikat itu akan meneruskan rangkaian produk berbagai jenis termasuk berasakan minyak petrol, hibrid, sel bahan api dan elektrik untuk 30 tahun akan datang.

bZ4x menjadi model pertama daripada 15 model elektrik lain yang akan ditawarkan ke pasaran luar menjelang 2025. Langlah itu mungkin nampak seperti kebelakang tetapi pendekatan Toyota agak bijak iaitu teruskan kepelbagaian rangkaian kuasa kenderaan dan beralih apabila keadaan mula berubah.
Must-Watch Video