HIBURAN
Nabil Ahmad Terkejut Anak Sulung Didakwa Sudah Sedang Bercinta - “Dari Haritu Saya Dengar Orang Cakap…”
Pengacara, Nabil Ahmad mengakui terkejut apabila mendapat tahu anak sulungnya, Naira Mikayla didakwa sudah mempunyai teman lelaki.
Dapat usikan
Menurut Nabil, beberapa hari lalu dia sering menerima usikan daripada orang sekeliling yang mengucapkan tahniah seolah-olah dia bakal menerima menantu sehingga membuatkan dirinya tertanya-tanya tentang perkara sebenar.Nabil berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis Pengumuman Top 20 Anugerah MeleTOP Era yang berlangsung di Astro Bukit Jalil, Selasa.“Saya dari hari itu asyik dengar orang ucap tahniah kata saya dapat menantu sampai saya sendiri tertanya-tanya.“Sekarang barulah saya tahu tentang video itu, tapi saya sendiri belum sempat menontonnya,” katanya kepada Gempak.
Pantau pergaulan anak-anak
Mengulas lanjut, pengacara rancangan MeleTOP itu menjelaskan dia sentiasa memantau pergaulan anak-anaknya termasuk menetapkan syarat dalam penggunaan telefon bimbit bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.Walaupun memahami usia anaknya kini berada pada fasa cinta monyet, Nabil berpendapat Mikayla masih terlalu muda untuk bercinta secara serius.“Saya hanya benarkan anak guna telefon pada hujung minggu sahaja, iaitu Sabtu dan Ahad. “Dari Isnin hingga Jumaat, telefonnya akan dipegang oleh ibunya,” jelasnya.
“Belum masanya lagi dia baru 13 tahun. Tapi kalau di sekolah sekadar berkawan, saya tak boleh nak halang sangat,” jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Bagai Tak Dimamah Usia, Ini Rahsia Nabil Ahmad Kekal Muda - “Kalau Orang Rendam Muka, Saya…”
ARTIKEL BERKAITAN:Tak Guna Kabel! Anak Nabil Ahmad Nayla Mikayla Lepas Ujibakat Pengacara The Chosen One XTRA - "Saya Simpati Juga Lihat ..."
ARTIKEL BERKAITAN:Buat Video TikTok Bersama Anak, Wajah Nabil Ahmad Curi Tumpuan Netizen - “This Man Does Not…”
Bagaimanapun, Nabil turut mendedahkan dia sudah dimaklumkan lebih awal oleh isterinya, Nazirah Ayub mengenai dakwaan anak mereka sedang berkawan rapat dengan seseorang.
Terdahulu, tular di platform TikTok satu video memaparkan Naira Mikayla bersama seorang remaja lelaki dalam keadaan mesra, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dan perdebatan dalam kalangan netizen.
Must-Watch Video