,
Antarabangsa

Brabus rancang untuk bina 10 unit G V12 900-Harga bermula RM2.78 juta

Erywan
11/09/2019
02:08 MYT
Ketika melancarkan G-Class generasi terkini, Mercedes-Benz mengumumkan bahawa varian G65 dengan enjin V12 akan digugurkan daripada barisan model terbabit.
Tetapi ini tidak bermakna varian itu akan lenyap selama-lamanya. Ini kerana Brabus, syarikat talaan yang tidak asing lagi dengan jenama dari Jerman itu, sudah memperkenalkan pengganti kepada G65 iaitu G V12 900.
Menggunakan enjin 6.0-liter twin-turbo V12 yang diambil daripada S600L, Brabus mengambil keputusan untuk membesarkan sesaran enjin berkenaan kepada 6.3 liter dengan tujuan untuk ‘memerah’ lebih banyak kuasa.
Dengan tambahan pengecas turbo yang lebih besar, manifold ekzos dan intake custom serta pelbagai lagi komponen baharu, enjin itu kini menghamburkan 900PS (888bhp) pada 5,500rpm.
Brabus mendakwa bahawa enjin berkenaan berupaya menghasilkan tork sehingga 1,500Nm, tetapi bagi memastikan ia sesuai untuk dipandu di jalan raya, jumlah tork berkenaan dihadkan kepada 1,200Nm sahaja.
Padanan transmisi automatik sembilan kelajuan dan sistem pacuan semua roda membolehkan SUV seberat 2,660kg itu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam 3.8 saat.
Walaupun dilengkapi dengan speedometer berskala 300km/j, ia hanya boleh mencapai kelajuan maksimum 280km/j.
Dari segi penampilan, G V12 900 didatangkan dengan kit badan lebar Widestar yang dipadankan dengan rim berukuran 24 inci. Sebagai alternatif, rim Monoblock Y ‘Platinum Edition’ berukuran 23 inci turut ditawarkan.
Seperti biasa, bahagian dalaman boleh disesuaikan dengan pelbagai pilihan upholsteri mengikut citarasa pelanggan. Brabus merancang untuk menghasilkan 10 unit G V12 900 dengan harga bermula 605,055 Euro (RM2.78 juta) setiap satu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Ramai Terharu Lihat Aeril Zafrel Hadiahkan Brabus 900 Rocket Edition Kepada Wawa Zainal

gempak
20/08/2023
13:26 MYT
Suka tengok Aeril dengan Wawa.
drebar

Tips bersih kereta dengan mudah dan menjimatkan!

gempak
08/10/2021
04:31 MYT
Tips yang diberikan ini boleh dilakukan sendiri (DIY) dengan barang-barang yang ada di rumah anda.
drebar

8 Model Kereta Edisi Terhad Bina Kurang 10 unit

gempak
07/09/2021
06:28 MYT
Koleksi jentera edisi terhad sebagai satu kepuasan selain pelaburan menguntungkan dengan nilai jualan semula.
drebar

Brabus 800 - Ada 800hp Dengan 1,000NM, Pecut 0-100km/j Dalam 3 Saat

gempak
11/05/2021
02:35 MYT
Brabus menggunakan sepasang pengecas turbo baharu yang mempunyai unit pemampat yang lebih besar.
drebar

Brabus B45 - ‘Ni Pun Sedap Juga’

gempak
15/02/2021
08:02 MYT
Mana-mana model AMG yang menerima sentuhan syarikat itu pastinya menjadi lebih hebat dan berkuasa.