,
Antarabangsa

Brabus Hasilkan Jentera Berkuasa Menerusi Rocket 900, Hanya 10 Unit Sahaja

Erywan
27/10/2020
05:28 MYT
Sementara dunia menunggu ketibaan Mercedes-AMG GT73 Hybrid yang dikatakan mempunyai 800hp, Brabus terlebih dahulu menghasilkan jentera yang lebih berkuasa iaitu Rocket 900. Bagi mengekalkan keeksklusifannya, hanya 10 unit akan dihasilkan.
Untuk projek terbarunya ini, syarikat talaan terkenal dari Jerman itu menggunakan model AMG GT63S 4Matic+ sebagai asas. Enjin 4.0-liter biturbo V8 yang asal telah melalui proses modifikasi yang menyeluruh, termasuk pembesaran kapasiti kepada 4.5-liter serta penggunaan pengecas turbo lebih besar dan sistem ambilan udara karbon.
Hasilnya, Brabus berjaya mengekstrak 900PS (888bhp) dan 1,250Nm daripada enjin terbabit. Bagaimanapun, jumlah tork akan dihadkan kepada 1,050Nm sahaja bagi memastikan enjin dan transmisi kekal lama. Biarpun begitu, ia masih menunjukkan peningkatkan yang sihat iaitu 258hp dan 150Nm lebih tinggi berbanding versi standard.
Dengan transmisi AMG Speedshift sembilan kelajuan yang ditugaskan untuk menyalurkan kuasa menerusi sistem pacuan semua roda, Rocket 900 mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam 2.9 saat, 0 hingga 200 km/j dalam 9.7 saat dan 0 hingga 300km/j dalam 23.9 saat. Kelajuan maksimum dihadkan secara elektronik pada 330km/j.
Selain itu, jentera berprestasi tinggi ini juga mendapat sistem ekzos baharu dan suspensi udara yang dibangunkan sendiri oleh Brabus. Sistem suspensi terbabit adalah 25mm lebih rendah dan didatangkan dengan dua mod iaitu Comfort dan Sport.
Seperti yang boleh dilihat, aspek penampilan turut dipertingkatkan dengan kit badan lebar yang diperbuat daripada gentian karbon dan rim aero berukuran 21 inci di hadapan dan 22 inci di belakang.
Untuk ruang dalaman, Brabus menggunakan upholsteri kulit dan Alcantara, selain kemasan gentian karbon. Menurut syarikat itu, tidak kurang daripada 215 komponen diwarnakan dengan warna yang sama dengan badan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Ramai Terharu Lihat Aeril Zafrel Hadiahkan Brabus 900 Rocket Edition Kepada Wawa Zainal

gempak
20/08/2023
13:26 MYT
Suka tengok Aeril dengan Wawa.
drebar

Brabus 800 - Ada 800hp Dengan 1,000NM, Pecut 0-100km/j Dalam 3 Saat

gempak
11/05/2021
02:35 MYT
Brabus menggunakan sepasang pengecas turbo baharu yang mempunyai unit pemampat yang lebih besar.
drebar

Brabus B45 - ‘Ni Pun Sedap Juga’

gempak
15/02/2021
08:02 MYT
Mana-mana model AMG yang menerima sentuhan syarikat itu pastinya menjadi lebih hebat dan berkuasa.
drebar

Brabus Tampilkan Talaan Crossover GLB, Lebih Rugged Serta Berkuasa

gempak
03/08/2020
04:11 MYT
Pasukan jurutera Brabus memberi sentuhan mereka pada model crossover GLB walaupun imejnya tidak banyak berubah, lebih bersifat santai berbanding agresif.
drebar

Kali ini Mercedes-AMG A35 pula menerima talaan Brabus

gempak
17/09/2019
03:15 MYT
A35 kini berupaya untuk menjana kuasa tambahan sebanyak 44hp dan 60Nm, sekali gus menjadikan kuasa keseluruhan 350hp dan 460Nm.