,
Antarabangsa

Brabus bikin Mercedes-AMG GT 63 S supaya lebih berkuasa

Erywan
04/06/2019
02:55 MYT
Seperti yang anda sedia maklum, Brabus memang gemar menjadikan kenderaan Mercedes-Benz sebagai platform untuk menunjukkan kemampuannya dalam bidang talaan.
Produk terbaru syarikat itu dikenali sebagai Brabus 800 dan ia berasaskan model Mercedes-AMG paling berkuasa setakat ini iaitu GT 63 S.
Angka ‘800’ tersebut merujuk kepada jumlah kuasa yang dihasilkan oleh enjin 4.0-liter biturbo V8 model itu. Secara keseluruhannya, jentera sentuhan Brabus ini mempunyai 800PS dan 1,000Nm, iaitu 170PS dan 100Nm lebih tinggi berbanding versi standard.
Ini secara tidak langsung memendekkan masa pecutan 0-100km/j dari 3.2 saat kepada 2.9 saat. Kelajuan maksimum bagaimanapun kekal pada 315km/j. Turut dikekalkan adalah transmisi Speedshift sembilan kelajuan dan sistem pacuan semua roda 4Matic+.
Peningkatan kuasa itu terhasil menerusi penggunaan pengecas turbo yang lebih besar serta talaan pada unit kawalan enjin (ECU). Menurut Brabus, mereka melakukan pelbagai ujian dari atas litar ke jalan raya bagi memastikan jentera ini mampu menampung kuasa yang lebih tinggi.
Seperti kereta talaan Brabus yang lain, Brabus 800 menampilkan tema gelap dengan padanan komponen-komponen gentian karbon seperti splitter hadapan dan diffuser.
Ia memakai rim Monoblock Z Platinum Edition bersaiz 21 inci di hadapan dan 22 inci di belakang. Tayar pula didatangkan dalam saiz 275/35 dan 335/25, serta pelanggan boleh memilih jenama Continental, Pirelli atau Yokohama.
Bagi ruang dalaman, Brabus menawarkan pelbagai jenis bahan dan warna untuk upholsteri, serta kemasan kayu atau gentian karbon untuk papan pemuka. Hiasan ambang pintu dengan logo Brabus yang menyala serta pedal aluminium turut disertakan bagi menghasilkan suasana kabin lebih mewah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Ramai Terharu Lihat Aeril Zafrel Hadiahkan Brabus 900 Rocket Edition Kepada Wawa Zainal

gempak
20/08/2023
13:26 MYT
Suka tengok Aeril dengan Wawa.
Laman Utama

“First In Malaysia..” - Wani Kayrie ‘Belanja’ Rupa Kereta Mercedes Baharu Dalam Rona Ungu Lavender

gempak
25/08/2022
17:41 MYT
Warna yang memang rare!
drebar

Ada 25 buah Trak Tunda Mercedes-Benz Sprinter Petronas Edition

gempak
20/05/2021
04:11 MYT
Perlu diingatkan bahawa trak tunda ini bukan satu produk keluaran rasmi Mercedes-AMG tetapi binaan Kegger.
drebar

Brabus 800 - Ada 800hp Dengan 1,000NM, Pecut 0-100km/j Dalam 3 Saat

gempak
11/05/2021
02:35 MYT
Brabus menggunakan sepasang pengecas turbo baharu yang mempunyai unit pemampat yang lebih besar.
Laman Utama

Balas Balik Surprise! Nadzmi Terima Kereta Mewah Berharga RM291,000 Daripada Ardell - "Hari Lahir Kau Tapi Aku Yang Dapat Hadiah ..."

gempak
14/04/2021
00:53 MYT
Dari kawan dulu sampai sekarang kau tak pernah gagal buat kejutan.