,
Antarabangsa

Bentley Continental GT pecah rekod di Pikes Peak

Erywan
04/07/2019
04:15 MYT
Umum mengetahui bahawa Bentley adalah nama yang begitu sinonim dengan kemewahan. Tetapi jangan terkejut kerana pengeluar dari Crewe itu juga mempunyai kekuatan tersendiri dalam bidang sukan permotoran.
Buktinya, sebuah Bentley Continental GT sudah memecahkan rekod bagi kereta produksi di perlumbaan Pikes Peak International Hill Climb baru-baru ini.
Dipandu oleh pelumba berpengalaman dari New Zealand iaitu Rhys Millen, jentera yang diubah suai itu berjaya menamatkan cabaran sepanjang 19.9km itu dalam masa 10:18.488 dengan kelajuan purata mencecah 113km/j.
Ini secara tidak langsung menjadikannya 8.4 saat lebih pantas berbanding pemegang rekod terdahulu iaitu David Donner yang memandu sebuah Porsche 911 Turbo S (2014.
Dalam perlumbaan tahunan itu, model ‘grand tourer’ dengan enjin W12 itu melakukan panjatan setinggi hampir 5,000 kaki menerusi 156 selekoh. Perlumbaan bermula pada ketinggian 9,300 kaki dan tamat pada ketinggian 14,100 kaki, di mana keadaan lebih mencabar kerana udara adalah 1/3 kurang padat jika dibandingkan pada paras laut.
Apa yang menarik, ini bukanlah kejayaan pertama Bentley di Pikes Peak. Tahun lalu, sebuah Bentayga yang juga dipandu oleh Millen berjaya mencatat rekod baharu bagi kategori SUV produksi dengan catatan masa 10:49.9.
Pengarah Sukan Permotoran Bentley, Brian Gush berkata, rekod baru itu sekali lagi membuktikan bahawa semangat dan keinginan untuk mendorong sempadan prestasi automotif kekal di nadi Bentley.
“Ia jelas menunjukkan keupayaan luar biasa Continental GT,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Kaya Tak Pakai Kereta Mewah, Michael Ang Kata Propa! Iqbal; "Hormat Saya Budak Suara Pondan Kepit"

gempak
26/10/2021
01:56 MYT
Michael Ang dakwa semuanya palsu dan dibuat-buat?
drebar

Selepas ‘Diperam’ Beberapa Tahun, Akhirnya Lima Bentley Mulsanne Grand Limousines Buka Untuk Dijual

gempak
03/08/2021
03:53 MYT
Ia dibina sebanyak lima unit selepas mendapat tempahan dan semua jentera itu dihantar ke Emiriyah Arab Bersatu.
drebar

Rim Gentian Karbon 22 Inci Khas Untuk Bentley Bentayga

gempak
27/07/2021
08:26 MYT
Rim 22 inci itu dikatakan paling besar dibina menggunakan gentian karbon oleh syarikat itu.
drebar

Bentley Continental GT3 Pikes Peak - Mahu Cipta Rekod Baharu Kelas Time Attack 1

gempak
09/06/2021
07:59 MYT
Continental GT3 Pikes Peak menjana 30 peratus lebih ‘downforce’ sambil mengekalkan keseimbangan bahagian hadapan dan belakang.
drebar

Tuner Jerman Perkenalkan Mansory Bentayga MY 2021

gempak
25/05/2021
02:30 MYT
Hadir dalam tona hitam sepenuhnya dengan sedikit liveri merah pada bahagian belakang dan rim sebesar 23 inci.