,
Antarabangsa

Bentley Continental GT Mulliner Convertible - Model Paling Mewah Dalam Barisan GT Continental

Erywan
11/08/2020
03:10 MYT
Bentley Continental GT Mulliner Convertible membuat penampilan sulungnya di Cheval Blanc di St Tropez, Perancis, sebagai sebahagian daripada siri jelajah musim panas Eropah yang dihoskan oleh jenama itu.
Selain daripada menjadi model paling mewah dalam barisan GT Continental, ia juga merupakan model pertama dalam portfolio Collections yang diperkenalkan oleh Bentley Mulliner.
Untuk bahagian luaran, Bentley Mulliner menawarkan kemasan venir walnut Grand Black secara standard namun pelanggan boleh memilih antara 88 venir kayu lain yang ditawarkan. Model ini turut menampilkan jeriji Double Diamond, liang udara sisi Mulliner serta rim berukuran 22 inci dengan lambang Bentley yang sentiasa menegak.
Ruang dalaman pula mengetengahkan konsep jahitan ‘quilting’ Double Diamond pada tempat duduk, panel pintu, bahagian belakang dan penutup tonneau. Menurut Bentley, konsep unik ini memerlukan 400,000 jahitan kesemuanya, dengan 720 jahitan individu untuk setiap bentuk berlian. Proses sulaman untuk konsep ini pula mengambil masa kira-kira 18 bulan.
Selain itu, model ini turut didatangkan dengan jam Breitling pada konsol tengah, sistem audio premium berkapasiti 2,200 watt keluaran Naim serta trim tiga tona dengan lapan pilihan gabungan warna.
Pemilik GT Continental Mulliner Convertible menerima kunci mereka di dalam kotak khas yang didatangkan dalam warna sama dengan ruang dalaman kereta. Setiap kunci mempunyai balutan kulit dan jahitan kontras.
Model ini didatangkan dalam versi V8 atau W12. Untuk versi V8, enjin 4.0-liter twin-turbo V8 dengan janaan 550hp dan 770Nm membolehkan ia melakukan pecutan 0-100km/j dalam 4.1 saat dan mencapai kelajuan maksimum 318km/j.
Versi satu lagi yang dikuasakan oleh enjin twin-turbo 6.0-liter W12 pula mempunyai 635hp dan 900Nm. Versi yang lebih berkuasa ini memerlukan 3.7 saat untuk mencapai kelajuan 100km/j dan boleh memecut sehingga 333km/j.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Kaya Tak Pakai Kereta Mewah, Michael Ang Kata Propa! Iqbal; "Hormat Saya Budak Suara Pondan Kepit"

gempak
26/10/2021
01:56 MYT
Michael Ang dakwa semuanya palsu dan dibuat-buat?
drebar

Selepas ‘Diperam’ Beberapa Tahun, Akhirnya Lima Bentley Mulsanne Grand Limousines Buka Untuk Dijual

gempak
03/08/2021
03:53 MYT
Ia dibina sebanyak lima unit selepas mendapat tempahan dan semua jentera itu dihantar ke Emiriyah Arab Bersatu.
drebar

Rim Gentian Karbon 22 Inci Khas Untuk Bentley Bentayga

gempak
27/07/2021
08:26 MYT
Rim 22 inci itu dikatakan paling besar dibina menggunakan gentian karbon oleh syarikat itu.
drebar

Bentley Continental GT3 Pikes Peak - Mahu Cipta Rekod Baharu Kelas Time Attack 1

gempak
09/06/2021
07:59 MYT
Continental GT3 Pikes Peak menjana 30 peratus lebih ‘downforce’ sambil mengekalkan keseimbangan bahagian hadapan dan belakang.
drebar

Tuner Jerman Perkenalkan Mansory Bentayga MY 2021

gempak
25/05/2021
02:30 MYT
Hadir dalam tona hitam sepenuhnya dengan sedikit liveri merah pada bahagian belakang dan rim sebesar 23 inci.
Unitar