,
Tempatan

BAuto Ambil Alih Jenama Kia Di Malaysia, Bakal Hasil Model CKD Seltos Dan Carnival

Erywan
02/04/2021
13:13 MYT
Kia Motors Corporation (Kia) dan Bermaz Auto Berhad (BAuto) mengumumkan menjalani kerjasama strategik untuk mengembangkan pengeluaran dan pemasangan kenderaan Kia di Malaysia.
Syarikat baharu yang dikenali sebagai Kia Malaysia Sdn Bhd (KMSB) itu akan melaksanakan pemasangan tempatan bagi kenderaan Kia di Malaysia nanti.
Ia akan bermula dengan tiga model membabitkan Kia Seltos, Carnival dan kenderaan ketiga akan diumumkan tidak lama lagi.
Kia berhasrat untuk menjadikan KMSB sebagai pusat pengeluaran serantau untuk kenderaan jenama itu di negara ASEAN dan pasaran berpotensi lain.
Sejajar dengan rancangan pengembangan dan strategi transformasi bagi jenama baru, Kia juga melantik anak syarikat BAuto, Dinamikjaya Motors Sdn Bhd (DJMSB), sebagai pengedar kenderaan Kia baru di Malaysia.
Sebagai pengedar baru, DJMSB mengedar dan menjual kenderaan Kia sama ada model CKD dan CBU, penjualan alat ganti asli serta dalam penyediaan perkhidmatan selepas jualan dan membina reputasi jenama Kia dan meningkatkan kesedaran jenama itu di Malaysia.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kia Asia Pasifik, Tae Hun Lee berkata, selepas beberapa bulan mencari rakan niaga yang tepat, Kia berbesar hati untuk bekerjasama dengan BAuto.
“BAuto terbukti memiliki keupayaan untuk membangunkan jenama automotif di Malaysia dan Filipina. Ia juga berpengalaman dalam pengilangan.
“Jadi, kami yakin meletakkan jenama Kia kepada entiti yang tepat di bawah pimpinan Pengerusi Ekskutifnya, Datuk Seri Ben Yeoh,” katanya.
Sementara itu, Ben Yeoh berkata, pihaknya gembira kerana diberi peluang untuk mengambil alih jenama Kia di sini dan kerjasama itu akan melengkapkan lagi perniagaan automotifnya.
Dalam perkembangan lain, KMSB juga akan memperkukuhkan lagi jaringan pengedar sedia ada dalam usaha untuk menawarkan pengalaman pemilikan yang lebih baik.
Buat masa sekarang, Kia Malaysia mempunyai kira-kira 35 buah pusat pengedar yang bertauliah di seluruh negara.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

Kia Carnival Versi Lebih Mewah, Empat Tempat Duduk, Harga RM322,318 Di Korea

gempak
14/07/2021
04:34 MYT
Versi itu memiliki bumbung tinggi, dengan kehadiran dua tempat duduk pada bahagian belakang serta ruang tengah lebih luas.
drebar

Kia K8 Bakal Menggantikan K7, Tampil Lencana Baharu

gempak
19/02/2021
01:56 MYT
K8 akan diketengahkan sebagai sedan moden dengan karakteristik yang sporty.
drebar

Kia Sorento Yosemite, Zion Concept - Dinamakan Sempena Taman Negara di Amerika Syarikat

gempak
23/11/2020
03:07 MYT
Kedua-dua model konsep ini dibangunkan untuk mengetengahkan potensi Sorento sebagai kenderaan yang sesuai untuk pelbagai jenis aktiviti lasak.
drebar

Kia Carnival Hi Limousine - Kabin Seperti Kelas Perniagaan Kapal Terbang

gempak
20/11/2020
05:02 MYT
Carnival Hi Limousine mempunyai rekaan bumbung yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan model standard.
drebar

Makin Segak Dan Lebih Mewah Kia Carnival Ini

gempak
26/08/2020
07:34 MYT
Kia Carnival Generasi Keempat itu akan memasuki pasaran Korea Selatan pada suku ketiga tahun ini.