,
Antarabangsa

ATS Corsa RR Turbo - Guna Enjin 2.0 L VTEC Turbo Yang Mempunyai 600hp!

Erywan
19/06/2020
07:28 MYT
Pada September tahun lalu, Automobili Turismo e Sport Automobili (ATS) mendedahkan kereta sport ringan radikal Corsa RR Turbo.
Syarikat yang diasaskan oleh pasukan kejuruteraan Ferrari F1 itu sudah sedia untuk menghantar model berkenaan ke pelanggan. Kelebihan Corsa RR Turbo adalah jentera berpretasi tinggi, padat dengan teknologi perlumbaan yang mana penyelenggaraan juga sangat kompetitif dan tidak terlalu mahal.
Difahamkan, kos penyelenggaraannya kira-kira Euro 2.30 (RM11) bagi setiap kilometer. Harganya itu boleh dikatakan sangat kompetitif dan sekali gus memberi pemandu lebih fokus kepada pelumbaan berbanding kos penyelenggaraan.
Apa yang menariknya, ia menggunakan enjin Honda Civic Type R 4-silinder sebaris 2.0L Turbo VTEC yang dilengkapi dengan tetapan unit kawalan elektronik (ECU), intake kustom dan ekzos manifold serta turbin Garret dan piston tempaan.
Hasilnya model itu menghasilkan kuasa 600hp pada 4,000rpm-7,000rpm dan tork 530Nm pada 8,500rpm. Kuasa liar itu disalurkan ke roda belakang menerusi sistem limited slip differential (LSD) dan transmisi 3MO FTX sequential 6-kelajuan.
ATS Corsa RR Turbo didatangkan dengan dua varian iaitu Clubsport dan Serie Carbonio yang masing-masing dijual pada harga RM628,540 serta RM788,680.
Walaupun perincian prestasi tidak dijelaskan, namun kereta sport itu lebih ringan sekitar 800kg hasil penggunaan material gentian karbon penuh, manakala sistem brek menggunakan komponen Brembo sebagai standard.
Turut ditawarkan ialah kaliper titanium 4-piston dan brek seramik. Ciri lain yang ditawarkan termasuklah unit paparan skrin sentuh, tayar lumba Michelin dan suspensi double wishbone pushrod dengan absorber traksi elektronik menerusi pemuka logger AIM, kamera binaan dalam untuk sesi strim secara langsung (live), rim tempaan dan sistem jek udara Quicklift.
Kedua-dua varian boleh digunakan dalam siri perlumbaan dunia terutamanya Serie Carbonio yang dipadankan dengan pakej prestasi penuh.
Corsa RR Turbo hanya dikeluarkan 30 unit setahun supaya dapat menyertai perlumbaan disahkan Persekutuan Automobil Antabangsa (FIA) seperti VLN Nürburgring, GT Light Class, British Hill Climb Championship, WERC Series dan SCCA Hill Climb.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Mira Filzah, Erra Fazira, Diana Danielle, Amelia Henderson Antara 10 Selebriti Berpengaruh Sebagai RR Muses Royalties

gempak
09/04/2023
11:55 MYT
Wow barisan selebrtiti yang hebat!
drebar

Mazda Teaser Mazda3 Versi Turbo - Jangka Mempunyai 250hp Dan 420Nm

gempak
29/06/2020
03:39 MYT
Khabarnya model itu akan menerima enjin 2.5L turbo dengan sebaris ayat "power comes to those who wait".
Unitar