,
Tempatan

Aston Martin Tawar Varian Tertinggi Barisan Vantage Menerusi F1 Edition

Erywan
24/03/2021
02:48 MYT
Saingan Formula 1 tahun ini boleh dilihat sebagai sesuatu yang istimewa untuk Aston Martin. Pengeluar kereta sport British itu bukan sahaja akan membuat kemunculan semula selepas lebih 60 tahun, malah salah satu model keluarannya iaitu Vantage juga telah dipilih sebagai kereta keselamatan.
Bagi meraikan peristiwa bersejarah itu, Aston Martin memperkenalkan Vantage F1 Edition yang diletakkan sebagai varian tertinggi dalam barisan Vantage. Ia akan dijual pada tahun ini dengan harga bermula dari £142,000 (RM808,408) bagi pasaran United Kingdom.
Tidak seperti versi standard, Vantage F1 Edition didatangkan dengan aerokit yang merangkumi ‘splitter’ hadapan, ‘dive plane’ pada bahagian kiri dan kanan bampar hadapan, serta spoiler. Saiz rim pula bertambah dari 20 kepada 21 inci, lengkap dengan tayar Pirelli berprofil rendah.
Seperti yang boleh dilihat, model ini menampilkan warna hijau Racing Green yang sama seperti jentera AMR21 milik pasukan Aston Martin Cognizant serta kereta keselamatan Vantage. Pelanggan yang mempunyai cita rasa berbeza boleh memilih dua warna lain iaitu Jet Black dan Lunar White. Setiap warna didatangkan dengan jalur Solid Matte Dark Grey.
Ruang dalaman pula tampil lebih ringkas menerusi penggunaan upholsteri kulit dalam warna hitam Obsidian Black yang dipadankan dengan trim Alcantara berwarna Phantom Grey. Untuk perincian dan jahitan kontras, Aston Martin menawarkan empat pilihan warna iaitu Lime Green, Obsidian Black, Wolf Grey atau Spicy Red.
Vantage F1 Edition bukan sekadar model yang diberikan kit badan dan pilihan warna baharu, ia juga mendapat penambahbaikan teknikal yang serupa dengan versi kereta keselamatan F1 itu.
Ini termasuk talaan pada enjin 4.0-liter twin-turbo V8 yang menghasilkan kuasa tambahan sebanyak 25PS, sekaligus memberikan jentera itu kuasa maksimum 535PS. Tork kekal pada 685Nm, namun dengan puncak yang dikekalkan lebih lama untuk prestasi yang lebih menyerlah.
Bukan itu sahaja, Aston Martin turut menaik taraf transmisi automatik lapan kelajuan, serta sistem suspensi dan stereng bagi menjadikan Vantage senjata litar yang lebih efektif di litar lumba.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

JDT Dan Aston Martin, Bakal Keluarkan Aston Martin Versi JDT Edition

gempak
28/07/2021
03:08 MYT
Ibu Pejabat Aston Martin di United Kingdom sudah bersetuju untuk mengeluarkan kereta bertema ‘JDT Edition’.
drebar

Aston Martin Valkyrie AMR Pro - 40 Unit Dibina Dan Bakal Diserah Kepada Pemiliknya Hujung Tahun Ini

gempak
01/07/2021
03:02 MYT
a mendapat bekalan kuasa daripada satu sumber sahaja iaitu enjin 6.5-liter V12 yang menjana 1,000hp.
drebar

Buat Pertama Kalinya Dalam Formula 1, Aston Martin Dilantik Secara Rasmi Kereta Keselamatan Dan Perubatan

gempak
09/03/2021
02:21 MYT
Vantage dipilih sebagai kereta keselamatan manakala SUV pertama jenama British itu iaitu DBX pula akan dijadikan sebagai kereta perubatan dalam saingan tahun ini.
drebar

SUV Pertama Aston Martin, DBX Lancar Di Malaysia - Harga Bermula RM818,000

gempak
07/10/2020
08:34 MYT
Aston Martin DBX adalah satu kenderaan yang menarik dengan rekaan dan kejuruteraan British.
drebar

Model Rare Aston Martin DB4 GT Zagato (1961) Ini Harganya RM49 juta!

gempak
28/09/2020
07:55 MYT
Kereta itu hanya dipandu sejauh 24,140km dan disimpan lebih daripada dua dekad.