,
Antarabangsa

Akibat Tidak Mampu, Remaja Ini Bina Kereta Sendiri Bawah RM800

Erywan
12/01/2021
03:13 MYT
Kemiskinan itu bukan penghalang untuk sesiapa maju ke hadapan. Perkara ini sudah dibuktikan oleh anak muda di Ghana.
Namanya Kelvin dan dia berumur 18 tahun. Dia berasal dari keluarga miskin dan tinggal di luar bandar Accra, Ghana. Di Ghana, pemilikan kereta sebenarnya suatu barangan mewah.
Remaja ini membina kereta sendiri menggunakan besi untuk kitar semula yang dianggarkan kos bawah AS$200 (RM800).
Dia bina kereta ini kerana dia sebenarnya tak mampu beli kereta yang ada di bilik pameran atau kenderaan terpakai.
Kisah Kelvin diketahui seorang vlogger kembara bernama Drew Binsky dan mendorong dia melancong ke Ghana untuk bertemu pereka muda ini.
Drew berjaya memujuk Kelvin untuk berkongsi kisah projek itu dan diberi peluang untuk naik kereta luar biasa terbabit untuk beberapa pusingan.
Selepas menaikinya, Drew agak terkejut dengan kereta itu berfungsi dan memuji kehebatan ciptaan Kevin.
Kereta itu dianggarkan siap dibina dalam tempoh tiga tahun kerana Kevin hanya beli barang dari kedai besi terbuang apabila dia ada wang. Selebihnya, dia guna tangan sendiri untuk membinanya.
Enjin digunakan diambil dari sebuah motosikal dan kereta Kevin ada sistem radio! Cuma, kereta ini tiada cermin tingkap.
Pintu kereta pula dibuka seperta gaya gullwing tetapi tidak begitu rapat semasa ditutup. Pereka kepala dihasilkan daripada Stirofoam.
Ruang dalam kereta pula nampak seperti menggunakan kayu. Kerera Kevin ada spoiler tinggi di belakang. Anda boleh menonton video Drew dan Kevin di sini:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

Video: Ford Mustang 1969 Enjin Mercedes E63 AMG - Dari Besi Buruk, Kini Luar Biasa

gempak
19/07/2021
07:16 MYT
Ia memiliki 721hp dan kuasa itu disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi 7 kelajuan automatik asal E63.
drebar

Yamaha TT-R250 Kustom Jadi Scrambler Yang Menarik

gempak
21/04/2021
04:17 MYT
Pakar kustom asal Australia itu melakukan proses berperingkat pada motosikal sport enduro ini.
drebar

[Video]-Mitsubishi Evo X Tampak Bersahaja, Tetapi Banyak Jajan

gempak
16/12/2020
04:36 MYT
Bagi segmen N2ZS ini memaparkan kisah seorang mekanik yang mempunyai minat mendalam dalam Mitsubishi Evo X.
drebar

Potong Komponen Volkswagen Beetle Type-1 Untuk Hasil Go-Kart

gempak
02/09/2020
02:47 MYT
Kenderaan empat roda ini dihasilkan dengan meminjam beberapa komponen daripada Bug Type 1 keluaran Volkswagen.
drebar

Inilah Hasilnya Apabila Suzuki GSX-R1100 Kacuk Ducati 1098

gempak
23/07/2020
07:06 MYT
Ia adalah hasil sentuhan pereka kustom Arno Overweel.