,
Covid-19

Penyanyi 'I Love Rock N Roll' Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Amri Hassan
31/03/2020
02:49 MYT
Penulis bersama dan penyanyi asal lagu "I Love Rock 'N' Roll", Alan Merrill meninggal dunia pada 69 tahun akibat jangkitan COVID-19.
Perkara itu disahkan anak perempuan mendiang, Laura Merrill di laman Facebook rasminya pada Ahad.
"Mendiang tidak mengambil serius ‘selesema’ yang telah dijangkiti itu, namun tidak tahu ia sebenarnya jangkitan COVID-19," kata Merrill dalam kenyataan itu.
Laura merupakan anak pertama daripada dua beradik hasil perkahwinan Alan dan Cathee Dahmen.
Merrill yang masih tidak percaya kehilangan bapanya itu turut menasihati supaya orang ramai tidak mengambil ringan wabak itu yang sudah meragut nyawa bapanya itu.
"Anda mungkin berfikir virus ini tidak akan menjangkiti kamu atau keluarga kamu yang kuat, namun ia tidak mustahil.
"Perkara ini benar-benar boleh berlaku, jadi duduk di rumah. Kalau bukan untuk kamu, untuk orang lain. Untuk bapa saya," tambah Merrill lagi.
Alan Merrill berkahwin dengan model, Cathee Dahmen yang meninggal dunia pada tahun 1997 dan mempunyai dua anak, Laura dan Allan Merrill.
'I Love Rock ‘N’ Roll' telah menjadi hit antarabangsa pada 1982 selepas dinyanyikan semula oleh Joan Jett & The Blackhearts.
Ia kemudian turut dinyanyikan semula oleh artis terkemuka seperti Britney Spears.
Lagu itu turut menjadi hit pertama di UK pada Krismas lalu dengan parodi bertajuk I Love Sausage Rolls.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Sumber: AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.