Covid-19
"Kamek Nangis First Time Tengok" - Noh Salleh Sebak Tonton Muzik Video Lagu Tribute Sentiasa Di Sini Ciptaannya
Penyanyi dan komposer, Noh Salleh mengakui berasa sebak sewaktu menonton muzik video lagu tribute Sentiasa Di Sini buat pertama kali.
Menurut Noh, dia sendiri mengalirkan air mata selepas melihat sendiri hasil klip video lagu ciptaannya yang menyentuh hati.
"Semua bagi all out menjadikan lagu ni 'jadik' wei..sebak. Kamek nangis first time tengok (saya menangis sewaktu mula-mula tengok)," kata Noh dalam dialek Sarawak.
Noh berkata demikian sebagai respons kepada pelakon Nabila Huda yang menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua rakan industri yang berpadu suara menghasilkan sebuah karya yang cukup dekat buat rakyat Malaysia.
"Ya Allah, sweet gila..terima kasih korang. Tiba-tiba rasa sebak. Rasa dekat je dengan hati. Good job to everyone!," komen Nabila mengenai muzik video Sentiasa Di Sini.
Ditulis Noh sendiri, lagu yang diterbitkan Astro Gempak itu turut mendapat sentuhan komposer AG Coco.
Sejak diterbitkan pada 15 April lalu, lagu yang menampilkan 26 penyanyi tempatan itu sudah mencatatkan lebih 3 juta tontonan di semua platform media sosial
Jadi, apa kata, jom sama-sama kita layan seketika muzik video Sentiasa Di Sini yang cukup istimewa buat kita semua sebagai rakyat Malaysia.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video