,
Covid-19

COVID-19: Catat Rekod Baharu Kes Tertinggi Dengan 21,668 Kes, Ada Yang Cadang Malaysia Darurat

Awani
12/08/2021
08:21 MYT
Kes harian COVID-19 mencatatkan kenaikan apabila merekodkan 21,668 kes dalam tempoh 24 jam, angka tertinggi sejak pandemik itu melanda negara.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif penularan wabak itu kini mencecah 1.34 juta jangkitan di Malaysia.
Beliau memaklumkan tujuh negeri termasuk Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kedah Sabah dan Sarawak melepasi empat angka dengan Selangor kekal menyumbang angka tertinggi dengan 6,278.
Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 6,278 (491,292) WPKL - 2,436 (148,846) Johor - 1,706 (106,427) Sabah - 2,052 (100,031) Sarawak - 1,216 (84,603) Negeri Sembilan - 899 (82,470)— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 12, 2021 "Sementara Kuala Lumpur merekodkan 2,436 kes, Johor (1,706), Sabah (2,052), Sarawak (1,216), Kedah (2,143) dan Pulau Pinang (1,229)," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Dalam pada itu, media sosial sudah mula sudah dibanjiri dengan komen-komen yang meluahkan kebimbangan terhadap peningkatan kes saban hari. Ada dalam kalangan netizen berpendapat negara sudah boleh melaksanakan langkah darurat bagi mengekang jangkitan kes yang semakin tidak dapat dibendung ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Sami Malaysia Curi Barangan Berharga Di Kuil, Ditahan Di Tnhailand

gempak
23/11/2024
03:55 MYT
Seorang sami rakyat Malaysia ditahan di Chiang Rai, sebuah wilayah di utara Thailand, pada Khamis kerana disyaki mencuri barangan berharga daripada sebuah kuil Buddha, Wat Chet Yot di Wilayah Chiang Mai, menurut polis Thailand.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Anugerah All Star Influencers Raikan Bakat Digital Malaysia & Antarabangsa, Siapa Bakal Juara Tahun Ini?

gempak
17/11/2024
11:19 MYT
Anugerah All Star Influencers (ASIA) 2024 bakal menjadi pentas berprestij yang mengiktiraf pempengaruh terbaik dari lapan negara di Asia termasuk Malaysia.
Hiburan

"Terima Kasih Malaysia!" - Ne-Yo Pukau 6,000 Peminat Di KL, Bergoyang Layan Lagu R&B 2000-an

gempak
14/11/2024
16:00 MYT
Setelah sekian lama dinanti-nantikan, penyanyi R&B terkenal, NE-YO, tampil membuat kemunculan semula di Kuala Lumpur dengan konsert NE-YO: Live in Malaysia 2024 yang berlangsung pada 9 dan 10 November di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC).
Hiburan

8 Artis Popular Malaysia & Indonesia Kongsi Pentas Untuk Nyalafest 2024! - "Persembahan Noh Salleh x Restoe Iboe Akan Beri Kejutan"

gempak
13/11/2024
07:04 MYT
Bukan sekadar konsert, festival muzik, Nyalafest 2024 bakal menggabungkan lapan artis terkenal dari dua negara, Malaysia dan Indonesia dalam satu pentas di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 30 November ini.
Unitar