,
Covid-19

Cef Wan Bengang, Ada Tak Ikut SOP - “Dari Perbuatan Mereka Yang Cuai Ramai Lagi Akan Mam**s!”

Mya Amri
21/05/2021
10:50 MYT
Selebriti cef terkenal, Datuk Redzuawan atau lebih dikenali dengan panggilan Cef Wan geram dengan sikap segelintir masyarakat yang masih lagi tidak mematuhi SOP.
Menurut Cef Wan, disebabkan kedegilan itu jugalah antara penyumbang kepada peningkatan jumlah dan penularan kes COVID-19 dalam negara.
“Jika ada tanda-tanda COVID tu cepat-cepatlah jalani rawatan atau mengalami kesuntukan masa. Anda bukan sahaha berdepan risiko kehilangan nyawa malah kebarangkalian anda menyebarkan wabak itu kepada keluarga sendiri juga ada.
“Lagi-lagi dengan kehadiran varian baru ini, makin hari makin ramai pesakit di usia muda yang meninggal dunia.
“Pelik yang jenis takut nak mampus ini pulak jika keluar beramai ramai tanpa SOP atau mendengar nasihat dan akhirnya menjadi kluster baru dan menyebarkan virus itu kepada ribuan lain tak pula mereka takut.
“Hasil dari perbuatan mereka yang cuai ramai lagi akan mampus! Geram saya kebodohan mereka2-mereka ini macam dah tak boleh di bendung dan di ajar. Tua dan muda sama sahaja sikap mereka.
“Jika kita tak mahu bertanggungjawab kepada diri sendiri paling tidak adalah sedikit rasa bertanggungjawab terhadap orang lain di luar sana yang berhak mendapat gaya hidup yang berkualiti dan sihat,” tulisnya menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Semalam, Malaysia merekodkan kes kematian tertinggi COVID-19 iaitu sebanyak 59 kematian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Polis Sangkal Dakwaan Pelakon Wanita Siasatan Tidak Ikut SOP

gempak
08/09/2024
05:34 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan dibuat seorang pelakon wanita kononnya pihaknya gagal membuat siasatan terhadap 14 laporan dan menyifatkan ia sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab.
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.