,
Covid-19

“Ambil Tindakan Tegas, Batal Permit Kerja & Blacklist!” – Pesta Songkran Warga Myanmar Di Sepang Undang Kemarahan Warganet

Fiza Kamarudin
14/04/2020
05:57 MYT
Semalam tular aksi sekumpulan pekerja asing yang berpesta 'Songkran' di kawasan Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang di media sosial.
Video berdurasi lebih 30 minit itu menunjukkan kumpulan pekerja asing yang juga pekerja kilang sarung tangan, menari sambil menyanyi dipercayai meraikan festival air atau lebih dikenali sebagai Songkran.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof telah mengesahkan menerima maklumat mengenai 'pesta' berkenaan. Maklumat terbaru, Wan Kamarul Azran berkata, polis telah menahan 62 lelaki Myanmar selepas disyaki terlibat dengan penganjuran pesta air di pekarangan sebuah asrama pekerja kilang di Sepang pada Isnin.
Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata mereka ditahan dalam serbuan pada kira-kira 2 petang hasil siasatan dan kerjasama pengurusan kilang.
Beliau berkata dua daripada suspek yang ditahan mengaku merakam kejadian itu menggunakan telefon bimbit dan menyebarkannya di Facebook.
"Kita masih menunggu penjelasan daripada pihak kilang tempat mereka bekerja," katanya.
Sementara itu, di ruangan komen laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police), rata-rata warganet mahu tindakan tegas diambil terhadap warga asing terlibat.
Mereka menganggap perbuatan tersebut sebagai melampau kerana dengan sengaja melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan.
Warganet turut mengucapkan terima kasih dan syabas kepada PDRM kerana cepat bertindak dan cekap menjalankan tugas.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.