,
Big Stage S2 BM

Kembar Cakra Khan, Semak Samun Dinda & Aksi Baring Neeta - Ini 9 Perkara Menarik Konsert Akhir Big Stage 2019

Kamaruddin Razal
07/10/2019
10:19 MYT
Konsert akhir Big Stage 2019 melabuhkan tirai malam tadi dan telah menobatkan Han-Byul selaku juara menewaskan empat peserta lain.
Dikemudikan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad, Big Stage 2019 turut menampilkan Misha Omar yang diundang sebagai juri jemputan disamping dua juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan.
Berlangsung dengan meriah, Gempak senaraikan sembilan perkara menarik yang berlaku di sepanjang konsert akhir malam tadi:
1. Penonton telah membanjiri Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam semenjak jam 7.30 malam dan menggayakan t-shirt fan club untuk menyokong finalis kegemaran masing-masing!
2. Persembahan pembukaan berlangsung dengan sangat lancar dan meriah! Penonton tidak berhenti bersorak semenjak dari awal hinggalah persembahan pembukaan tamat... Memang best!
3. Bukan berdiri, bukan duduk, tapi baring! Aksi menyanyi sambil baring Neeta ketika memulakan persembahan I Wanna Dance With Somebody membuatkan ramai terpukau! 4. Kehadiran alumni Big Stage, Syafiq Farhain 'mengacau' Sherry Alhadad menggamatkan dewan. Ramai terhibur dengan keletah Syafiq sehingga ada yang menyarankan agar Syafiq mencuba nasib menjadi pelawak. 5. 'Kembar' Cakra Khan juga mencuri tumpuan di laman sosial! Suami kepada usahawan selebriti media sosial Cik Epal, Jofliam sempat merakamkan momen di tepi kaca televisyen ketika Cakra sedang memberikan komen di konsert akhir Big Stage.
6. 'Semak samun' yang digunakan oleh Dinda Permata sebagai props ketika persembahan lagu Ku Tak Bisa menjadi bualan netizen. Idea terbabit datang dari Dinda sendiri tau!
HAHAHAHAHAHAHAHAHA! Tokti, I’m laughing so hard right now. Pandai Tokti buat lawak. #BigStage2019 #DominasiBBNU— Kikin Saad (@kikinsaad) 6 October 2019 7. Peminat Han-Byul memang rajin tau! Ketika penyanyi itu menyampaikan single terbarunya Luka dan Bahagia, rata-rata peminat Han-Byul sudah menyanyi bersama... Wah, memang peminat sejati, dah hafal lagu baru dah!
8. Ketika Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan menyampaikan lagu popular mereka, suasana dalam dewan bertukar menjadi bilik karaoke kerana peminat juga turut menyanyi bersama.
9. Peserta yang telah tersingkir, Sheryl Shazwanie, Syada Amzah, Chaleeda, Kucaimars dan Fieya Julia hadir menyokong lima rakan mereka di konsert akhir Big Stage 2019.
Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Nusantara

Di Konser Akhir Big Stage 2019, Posisi Dinda Permata Melorot Tajam!

gempak
09/10/2019
02:51 MYT
Big Stage S2 BM

Big Stage 2019: "Dia Ada Mesej Saya" - Sebelum Konsert Akhir Bermula, Dinda Permata Terima Pesanan Dari...

gempak
08/10/2019
02:25 MYT
Big Stage S2 BM

"Nampak Seperti Ada Entiti Dalam Keadaan Mencangkung Sedang..." - Diganggu Elemen Mistik, Fieya Julia Ingin Berubat Cara Islam

gempak
07/10/2019
20:16 MYT
Big Stage S2 BM

Cipta Lagu Buat Han-Byul, Haqiem Rusli Tak Fikir Panjang

gempak
07/10/2019
19:31 MYT
Viral

"Dapat Sebelah Pun Jadilah!" - Datang Promosi GV6, Kasut Nabil Jadi Fokus Netizen! Harga Cecah ...

gempak
07/10/2019
10:05 MYT