,
Big Stage S2 BM

Big Stage 2019: "Makin Lama Prestasi Santesh Makin Menurun" - Judika

Zulaikha Yusof
23/09/2019
04:32 MYT
Penyanyi Judika tampil menjelaskan mengenai keputusannya untuk menggunakan imuniti kepada penyanyi Indonesia, Dinda Permata di konsert keenam Big Stage 2019 yang berlangsung malam tadi.
Jelas Judika, dia menginginkan peserta yang mempunyai peningkatan setiap minggu dalam membuat persembahan.
"Sewaktu Dinda diselamatkan buat kali pertama, bukan saya yang menjadi juri tetap ketika itu.
"Saya fikir kita harus lihat pertandingan ini dari awal sampai ke penghujungnya.
"Apa yang saya nampak mengenai Santesh, di awal pertandingan dia seorang yang sangat bagus.
"Tetapi makin lama prestasinya makin menurun berbanding peserta yang lain.
"Jadi itu adalah salah satu pertimbangan untuk saya menyelamatkan Dinda kali ini.
"Semestinya saya akan memilih yang terbaik selain menunjukkan peningkatan setiap minggu," katanya kepada Gempak.
Judika ditemu bual selepas tamatnya konsert keenam Big Stage 2019 bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor malam tadi.
Pelantun lagu Setengah Mati Merindu itu juga mendedahkan, pada mulanya dia tidak ingin menggunakan imuniti yang dikongsi bersama Cakra Khan.
"Pada awalnya, saya tidak ingin menggunakan imuniti pada malam ini kerana mengikut naluri saya, bukan Dinda yang akan tersingkir.
"Dalam pemikiran saya hanya ada nama Santesh dan Fieya. Tetapi, ini adalah minggu terakhir sebelum kesemua peserta melangkah ke separuh akhir," tambahnya lagi.
Di konsert terbabit, lapan peserta yang berasal dari Malaysia, Indonesia dan Korea Selatan berentap di pentas Big Stage 2019.
Santesh telah diumumkan tersingkir untuk minggu keenam.
Walaubagaimanapun, juri tetap Judika mengambil keputusan menggunakan imunitinya, justeru Dinda terselamat pada minggu ini.
Tujuh peserta melangkah ke minggu ketujuh (separuh akhir) dan bakal menampilkan dua persembahan iaitu Road To Final dan Duet.
Dayang Nurfaizah diundang sebagai juri jemputan bagi bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika.
Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.
Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dilabel Penyanyi Lelaki Termahal, Judika Dulu Dibayar RM5.80

gempak
29/07/2024
03:55 MYT
Nama penyanyi Judika memang sangat popular malah lagu-lagu miliknya menjadi kegemaran ramai peminat tidak kira dari Indonesia atau Malaysia.
Hiburan

Impian Afifah Nasir Nak Judika Datang Ke Majlis Perkahwinan Tak Tercapai - “Semua Yang Saya Mahukan Dapat Dengan Mudah Kecuali…”

gempak
08/05/2024
03:54 MYT
Afifah dedah Judika tak dapat datang ke majlisnya.
Laman Utama

Lagu Aku Yang Terluka Milik Judika Diciptakan Pengawal Keselamatan: “Hanya Diemel”

gempak
20/12/2023
13:54 MYT
Judika dikenali memiliki banyak lagu popular seperti Aku Yang Tersakiti dan Cinta Kerana Cinta.
Laman Utama

Nak Healing? Sufi Rashid Ajak Turun Konsert Galau Singapura! Judika, Noah, Insomniacks, Taufik Batisah Antara Yang Perform

gempak
05/10/2023
12:13 MYT
Konsert Galau pertama kali di Singapura.
Laman Utama

Tiket Konsert Rockmantic Night Judika & The Gang Laku Keras, Judika Jawab Kemungkinan Ada Malam Kedua

gempak
18/07/2023
14:30 MYT
Tiket Judika ‘laku keras’