,
Big Stage 2023

Apa Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Konsert Finale #BIGSTAGE5?

Amri Hassan
09/07/2023
09:44 MYT
Pentas finale pertandingan realiti nyanyian BBNU popular, Big Stage 5 bakal melabuhkan tirai menerusi konsert finale pada malam ini.
Pelbagai ramalan juara dibuat oleh peminat, warganet dan rakan selebriti. Namun, keenam-enam finalis yang bakal berentap pastinya akan memberikan saingan sengit antara satu sama lain.
Gempak kongsikan semula trivia dan fakta-fakta yang korang perlu persiapkan sebelum datang ke konsert akhir malam nanti!
1. 13 bintang berentap pada Big Stage 5. Mereka ialah Waode, Nadeera Zaini, Hoondoo, Putera Muhammad, Puteri Khareeza, Aufahanie, Firdaus Rahmat, Dem Lepak Boyz, COEX, Naufal Azrin, Farhan Shah, Meer Nash dan Isaac Voo.
BACA: "Tayang Ketiak Bukan Gimik, Ia Metafora Persembahan" - Naufal Azrin
2. Kak Lina Pom Pom dan Rina Nose menjadi hos Big Stage musim ini. Gelagat setiap minggu yang buat orang tak kering gusi dan pecah perut kelakar!
BACA: #BIGSTAGE5: Didukung Kak Lina & Kolar Baju Ditarik, Rina Nose - “Semuanya Berlaku Secara Spontan…”
BACA: "Di Kala Ku Keseorangan, Kenangan Pun Datang Menjelma Lagi..." - Lirik Lagu Favourite Kak Lina, Langkah Seiringan (Exist)!
BACA: #BIGSTAGE5: Netizen Tegur Baju Metalik Kak Lina, Seksi Katanya! Empunya Diri Komen; "I Love Netizen, Bukannya Apa ..."
3. Waode dan Nadeera Zaini antara dua bintang yang pernah mendapat markah penuh 100% dari juri tetap Aina Abdul sepanjang Big Stage 5 bersiaran.
BACA: #BIGSTAGE5: Giliran Nadeera Dapat 100%, Aina Abdul; "Saya Faham Betapa Bermaknanya Lagu Itu ..."
BACA: #BIGSTAGE5: Waode 100 Markah! Nadeera Zaini Dapat Standing Ovation Rossa, Ini Recap Markah Penuh & Komen Juri
4. Ajai dan Aina Abdul pula juri tetap Big Stage 5.
5. Seperti mana yang selalu viral, fesyen Aina Abdul kerap diperkatakan sepanjang musim ini. Malah, pernah menjadi polemik dalam kalangan warganet yang dakwa menghalang pandangan audiens. Ye ker?
BACA: #BIGSTAGE5: Baju Yang Digayakan Aina Abdul Ganggu Pandangan Penonton? Ini Jawapan Pihak Produksi: “Tak Pernah Terima Sebarang Aduan…”
BACA: #BIGSTAGE5: "Sampainya Hati..." - Digelar Besar Kepala, Degil, Aina Abdul Akan Minta Stylist 'Tone Down'
BACA: Aina Abdul Pilih Berkompromi Dengan Kecaman, Dengar Nasihat Ibu - "Makin Lama Orang Membenci, Itu Semua Doa"
6. Enam finalis yang akan berentap pada pusingan finale iaitu Waode, Nadeera Zaini, Hoondoo, Putera Muhammad, Puteri Khareeza dan Aufahanie.
7. Setiap bintang akan menyanyikan lagu solo pilihan masing-masing pada pentas akhir.
8. Enam bintang akan berentap dalam pusingan battle; Waode vs Nadeera Zaini, Hoondoo vs Putera Muhammad dan Puteri Khareeza vs Aufahanie.
9. Jom hafal balik lirik-lirik lagu yang bakal dinyanyikan bintang Big Stage 5 pada konsert finale malam ini!
BACA: #BIGSTAGE5 Lirik Lagu I’d Do Anything for Love (But I Won’t Do That) Yang Akan Dinyanyikan Waode Di Pentas Finale!
BACA: #BIGSTAGE5 Lirik Lagu Pudar (Indah Ruhaila) Nyanyian Aufahanie!
BACA: Lirik Lagu Fantasia Bulan Madu - Putera Muhammad #BIGSTAGE5
BACA: Lirik Lagu Beautiful By Crush (OST Goblin) Nyanyian Hoondoo Untuk Finale #BIGSTAGE5!
BACA: Lirik Lagu Never Enough Nyanyian Nadeera Zaini Untuk Pentas Finale #BIGSTAGE5!
BACA: Lirik Lagu Pelukan Angkasa Yang Akan Dinyanyikan Puteri Khareeza Pada Finale #BIGSTAGE5!
Terdahulu, Firdaus Rahmat dan Dem Lepak Boyz telah tersingkir pada minggu separuh akhir Ahad lalu.
Manakala, Isaac Voo, Naufal Azrin, Meer Nash, Farhan Shah dan Coex merupakan bintang yang telah tersingkir awal di konsert Big Stage 5.
Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.
Big Stage 5 juga turut menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap, manakala juri jemputuan akan membantu setiap minggu.
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Sukan

Terbuka China: Wei Chong-Kai Wun Tumbangkan Juara Dunia Dari Korea Selatan

gempak
19/09/2024
10:25 MYT
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun melakar kejutan apabila menumbangkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di pusingan kedua Terbuka China 2024 pada Khamis.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.